MENJADI kelaziman seorang nenek atau datuk akan mempertahankan dan membela cucu sehingga mengalahkan sayangnya kepada anak sendiri. Namun berbeza kejadian di wilayah Sichuan, China apabila seorang sanggup membahayakan nyawa cucu lelakinya semata-mata mahu menyelamatkan seekor kucing. : KitaReporters.com
NENEK sanggup mengikat badan cucunya dengan tali semata-mata menyelamatkan nyawa seekor kucing yang terperangkap di sebuah tingkap di kawasan kediaman mereka di Nanchong, China, baru-baru ini.
Situasi
berkenaan mencetuskan kemarahan netizen di negara itu, baru-baru ini.
Dalam kejadian
di bandar Nanchong itu, seorang nenek tergamak mengikat tali pada badan cucunya
yang berusia lingkungan tujuh tahun sebelum menurunkan budak lelaki tersebut
dari balkoni tingkat lima sebuah flat kediaman mereka semata-mata bagi
menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di atas tingkap sebuah lagi unit
kediaman di kawasan berkenaan.
Perbuatan menakutkan
dan tidak bertanggungjawab warga emas itu berjaya dirakam sebelum menjadi tular
selepas dimuat naik ke laman media sosial.
Dalam video
berdurasi 40 saat itu, kelihatan nenek dan seorang lagi lelaki, langsung tidak
merasa bersalah dengan perbuatan terhadap cucunya yang kecil dan yang tidak boleh lagi berfikir untuk dirinya sendiri.
Malah,
banyak lagi kaedah yang boleh digunakan bagi menyelamatkan kucing tanpa
memperjudikan nyawa cucunya sendiri.
Malah, turut
kedengaran jeritan beberapa jiran meminta wanita tersebut yang dibantu anak
lelakinya supaya menghentikan tindakan mereka.
KANAK_KANAK lelaki berkenaan berjaya menyelesaikan 'misi' neneknya walaupun terpaksa memperjudikan nyawanya sendiri. - Sumber Weibo
Kanak-kanak
lelaki tersebut bagaimanapun berjaya menyelesaikan ‘misi’ nenek tanpa mengalami
kecederaan walaupun membahayakan nyawanya sendiri.
Difahamkan
ketika kejadian, ibu bapa kanak-kanak tersebut tiada di rumah kerana bekerja.
Sementara
itu, selepas menjadi tular seorang netizen menyarankan supaya pihak berkuasa
mengenakan tindakan undang-undang terhadap warga emas yang membahayakan nyawa
orang lain.
"Mengapa
mereka memilih cara paling berbahaya untuk menyelamatkan nyawa seekor
kucing," kata seorang pengguna platform Weibo.
Ternyata nenek itu tidak berfikir panjang sehingga sanggup memperjudikan nyawa cucunya sendiri demi kepentingan peribadinya.
Jom kita
sama-sama saksikan video berkenaan. - KitaReporters.com