Santai 10 Dec, 2019

HATI-HATI!! PENUMPANG TAK DIUNDANG PESAWAT

@khairunnisa sulaiman
Pernah berkhidmat selama 23 tahun sebagai wartawan di majalah MASSA, Mastika, Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya.

Share this
Seorang penumpang wanita disengat kala jengking ketika berada di dalam pesawat United Airlines semasa penerbangan dari San Francisco ke Atlanta, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis (5/12/2019) lalu. : KitaReporters.com 

Sebuah pesawat milik syarikat Amerika Syarikat, United Airlines. - Gambar hiasan.


Wanita berkenaan memberitahu portal berita TMZ, dia mula merasa sakit dan bisa seperti disengat pada bahagian kaki beberapa kali selepas pesawat mula terbang.

Apabila dia ke tandas untuk memeriksa kesakitan yang dialami, seekor kala jengking tiba-tiba terjatuh daripada kaki seluarnya dan terus melarikan diri.

Sejurus mendarat, penumpang berkenaan terus dibawa ke hospital dan dijangka akan pulih seperti sedia kala.

Sementara itu, kala jengking berkenaan berjaya ditangkap oleh krew pesawat dan disimpan di dalam kotak tetapi tiada maklumat lanjut mengenai ke mana haiwan itu akan dibawa.

United Airlines dalam satu kenyataan berkata, selepas mendapati seorang penumpang pesawat 1554 dari San Francisco ke Atlanta telah disengat semasa dalam penerbangan, krew penerbangan serta-merta mendapatkan khidmat MedLink yang memberikan khidmat nasihat perubatan secara dalam talian.

Sebaik sahaja pesawat mendarat di Atlanta, bantuan perubatan telah menunggu untuk membawa pesakit ke hospital berhampiran.

Bisa kala jengking memang menyakitkan tetapi kebanyakan tidak berbisa hingga menyebabkan kematian. 


Kisah kala jengking di dalam pesawat bukan pertama kali berlaku kerana awal tahun ini, seekor kala jengking bersaiz besar dilihat merayap keluar daripada tempat penyimpanan barang di bahagian atas dalam pesawat Lion Air di Indonesia.

Dua tahun lalu penumpang pesawat United Airlines mengadu bagaimana dia disengat kala jengking dalam penerbangan dari Houston, Texas ke Calgary, Kanada.

Penumpang berkenaan Richard Bell berkata, haiwan berbisa itu jatuh dari tempat penyimpanan barang ke atas kepalanya semasa dia sedang makan hidangan makan tengah hari. 

Pihak syarikat penerbangan memberikan Richard Bell kredit penerbangan sebagai ganti rugi. 

Pada tahun 2017, pesawat EasyJet dari Paris ke Glasgow terpaksa ditangguh semalaman kerana seekor kala jengking dikesan berada dalam pesawat. 

Bisa kala jengking memang menyakitkan tetapi kebanyakan tidak berbisa hingga menyebabkan kematian.

Terdapat lebih kurang 1,500 spesies kala jengking di seluruh dunia tetapi hanya 30 spesies mempunyai sengat berbisa dan mengancam nyawa. - KitaReporters.com

0
2
1
1
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago