Santai 10 Feb, 2020

ZASKIA GOTIK NAK KAHWIN, TAPI TAKUT TERTIPU

@fauzan ahmad
Bekerja dengan Utusan Malayisia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga berugas dengan beberapa media lain

0

Share this
PADA 27 April ini genap usianya 30 tahun. Satu demi satu rakannya sudah melangsungkan perkahwinan dan sudah mempunyai anak. Bagi pedangdut (penyanyi dangdut) Zaskia Gotik atau nama sebenarnya Surkianih sudah terlalu ingin melepaskan status daranya. Tahun 2020 disasar sebagai tahun untuk dia berkahwin dan mempunyai anak. : KitaReporters.com

Zaskia Gotik berharap melepaskan zaman dara tahun ini. - Kredit foto Instagram Zaskia Gotik 

Baginya impian hidup terbesarnya bukan lagi untuk mengekalkan kedudukan sebagai salah seorang pendangdut ternama, sebaliknya ingin mempunyai suami dan anak.

Sebagai salah seorang pedangdut yang laris dan mempunyai ekonomi yang mantap Zaskia begitu berhati-hati untuk memilih pasangan. Dia tidak mahu peristiwa kelam masa lalu berulang.

Walaupun ramai lelaki melamarnya, malah ada yang datang ke rumah orang tuanya, namun hatinya tidak terbuka kerana mengingati peristiwa lalu.

Bagaimanapun dia kini sedang bercinta dengan seorang pengusaha berjaya. Namun Zaskia enggan mendedahkan identiti usahawan itu.

Namun dia memberi tempoh dua tahun untuk menjalankan percintaan. Jika bersesesuaian akan diteruskan ke gerbang perkahwinan. Jika tidak dia akan mencari cinta yang baru.

Kata-kata Zaskia ini dapat dikuti dalam siaran ‘Ngopi Dara’, stesen TV TransTV baru-baru ini. Kandungan penuh siarannya dapat diikuti dalam laman Youtube.

Punya nama, harta dan rupa tetapi  Zaskia masih sukar mencari pasangan yang sesuai. - Kredit foto Instagram Zaskia Gotik

Zaskia ingin melupakan kegagalan lama gagal berkahwin kerana ditipu. - Kredit foto Instagram Zaskia Gotik

Zaskia mula popular sejak 2011 apabila singlenya berjudul ‘Satu Jam Saja’ meletup di pasaran.

Dalam waktu yang singkar artis rakaman Nagaswara ini menjadi salah satu penyanyi dangdut paling laris Indonesia dengan goyangan itiknya.

Zaskia memakai gaun pertunangan seberat 25 kilogram yang dihias sejumlah permata. Majlis berlangsung di sebuah hotel berbintang, Hotel Kempinski, Jakarta pada September 2013.

Dan di tengah-tengah populariti yang sedang meledak, Zaskia dipinang oleh Vicky Prasetyo yang menyamar sebagai jutawan. Malah pertunangan diadakan meriah, seperti pertunangan golongan jutawan.

Beberapa hari selepas majlis baru diketahui tembelang Vicky. Malah lelaki ini sempat melemahkan hati Zaskia hingga menyerahkan beberapa harta dan wang tunainya. Lalu Zaskia memutuskan pertunangan.

Kegagalan pertunangan Zaskia yang berlangsung serba mahal dan ditipu oleh ‘usahawan penipu’ Vicky Prasetyo yang mendakwa usahawan dari Solo itu menjadi bahan berita besar-besaran di media Indonesia.

Zaskia akan menunai umrah tidak lama lagi dan berdoa di Tanah Suci untuk dipercepatkan jodoh. - Kredit foto Instagram Zaskia Gotik

Zaskia memberi tempoh maksimum dua tahun untuk bercinta dengan kekasih barunya, jika sesuai baru ke gerbang perkahwinan. - Kredit foto Instagram Zaskia Gotik


Kini masyarakat ingin memastikan adakah single terbaharu Zakia berjudul ‘Abang Jono’ itu memang dituju untuk usahawan yang kini sedang dicintainya.

Kali ini diharap ‘malang jodoh’ tidak lagi dihadapi Zakia dan usahawan itu adalah benar-benar usahawan berjaya, tidak lagi bercinta dengan ‘usahawan palsu’ iaitu Vicky Supripto.

Zaskia tidak lama lagi akan mengerjakan umrah bersama anggota keluarga. Di Tanah Suci, Zaskia berkata dia akan berdoa dipercepatkan jodoh dan memperolehi pasangan hidup yang sesuai untuk kekal hidup hingga ke jannah.

Zaskia masih terus popular sebagai pedangdut kelas atasan.   

Sementara Vicky terus hidup dalam dunia sensasinya dan kini menjadi hos, pelakon dan pelawak dalam sejumlah program TV di Indonesia. 

Dia dikenali sebagai lelaki yang berkahwin 34 kali dalam usia baru 35 tahun.

Melalui program ‘Oke Boss’ di TransTV, Vicky sentiasa memperlihatkan kepetahan dalam memujuk wanita. 

Namun dia mengelak untuk dijemput Zaskia Gotik sebagai artis jemputan dalam program lima hari seminggu itu. - KitaReporters.com

Pertunangan dengan Vicky Prasetyo tujuh tahun lalu batal setelah berlaku penipuan.  - Kredit foto Jibi Photo 





You will be interested

PM 'KABINET BAYANGAN'? DIVA AA NAK SAMAN!!

Azwan Ali atau Diva AA kurang senang dengan poster yang mana dia menjadi PM 'Kabinet Bayangan' dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang

Makasom Ab Halim in Santai 1 day ago

BBNUFEST: PENTAS KUGIRAN BBNU BERENTAP!

TapauTv berhasrat untuk menganjurkan sebuah festival muzik bercorak pertandingan untuk mencungkil bakat baharu kugiran anak muda, yang diberi nama BBNUFest
Ku Syafiq Ku Fozi in Santai 8 hours ago

UNTUNGLAH!! KFC, MCD DAPAT! MILO PUN DAPAT!

Sejak Isnin, 24 Februari 2020, petugas media telah ‘berkampung’ di hadapan Istana Negara, Kuala Lumpur bagi membuat liputan semasa perkembangan politik negara
Zuhayati Yazid in Santai 12 hours ago

[VIDEO] ISTERI PERTAMA 'PINANG SENDIRI' MADU

Nengmas Putriyanti dari Jawa Timur reda berkongsi suaminya atas sebab tertentu. Isteri pertama menguruskan perniagaan, isteri kedua menguruskan pesantren
Fauzan Ahmad in Santai 14 hours ago

RAMADAN DAH DEKAT, DERMA KEPADA MYCARE

SEMPENA ulang tahun ke-10 penubuhannya, Humanitarian Care Malaysia (MyCare) menyasarkan kutipan dana RM300,000 melalui Majlis Makan Malam Amal pada 29 Mac 2020
Fariza Saidin in Santai 15 hours ago