Santai 31 Dec, 2019

ADA BERAN? BAHAGIANYA BILA BERMADU EMPAT

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
MEMILIK isteri cantik adalah impian banyak lelaki, namun bagaimana jika memiliki empat sekali gus? : Kitareporters.com

Bahagia si suami beristeri empat jika kesemua isteri hidup rukun damai. - Foto Facebook Warapohon Pruksawan (kanan)

Mungkin perkara  ini agak tidak masuk akal. Namun perkara pelik ini memang terjadi kepada lelaki di Thailand ini.

Menurut laporan Bastille Post  satu keluarga berisi 5 orang iaitu satu suami dan 4 isteri ini menjadi tular dalam media sosial.

Dalam beberapa foto yang ditular, mereka kelihatan akur dan sama sekali tidak saling bermusuhan.

Menurut keterangan China Press pula, isteri pertama bernama Warapohon Pruksawan, berdasarkan namanya dalam akaun Facebook miliknya.

Warapohon juga tak segan menunjukkan gambar-gambar kemesraannya dengan suaminya termasuk ketika dikelilingi madu-madunya yang lain.

Bahkan ketika ditanya soal suaminya (tidak dinyatakan namanya) yang memiliki isteri empat, isteri pertama ini justeru memberikan pengakuan yang mengejutkan.

Mereka sedia menunjukkan foto kehidupan bahagia bersama kepada orang awam. - Foto Facebook Warapohon Pruksawan.

Menurutnya, suaminya harus mendapat persetujuan daripada wanita yang akan dia kahwini juga persetujuan daripada isterinya, sebelum dia menambah isteri.

Tidak hanya itu, isteri pertamanya juga mengatakan bahawa suaminya tidak pernah berselingkuh (curang) di belakangnya.

Selain itu, Warapohon juga mengatakan dia bangga dengan suaminya kerana memiliki empat isteri.

"Mereka (suami dan empat isteri) dapat hidup di bawah bumbung yang sama secara harmoni tanpa drama apa pun," katanya.

Bahkan dia juga memberitahu bahawa suaminya mungkin akan terus menambah isteri, tetapi itu tidak masalah baginya berbanding suaminya berselingkuh di belakangnya.

Setiap kali ingin beristeri lagi, si suami perlu mendapat keizinan isteri pertama. - Foto Facebook Warapohon Pruksawan.

Berbicara mengenai keadaan rumah tangganya, Warapohon juga menceritakan banyak kisah mengenai kebersamaannya dengan suaminya.

Menurutnya, dia dan suaminya telah banyak menghadapi masa sulit bersama jadi dia mahupun suaminya tidak akan saling mengkhianati.

Dia sangat bangga pada suaminya, bukan kerana wang semata, melainkan caranya mencintai dan berbagi-bagi kasih sayang dengan empat orang isterinya.

Hubungan empat orang isteri sangat rapat dan tidak segan menunjukkan foto bersama untuk sekadar berbagi-bagi kemesraan meskipun tanpa suami mereka. - KitaReporters.com

0
1
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago