Santai 23 Jan, 2020

ERISSA PUTERI JUARAI PROGRAM MUZIK JAM 3.0

@editor 1
Editor Satu di KitaReporters >> Boleh emel kepada editor@kitareporters.com & Editor Satu di UtusanPress >> Boleh emel kepada editor@utusan.press

Share this
ERISSA PUTERI muncul juara bagi peringkat akhir Muzik Jam 3.0 yang telah berlangsung di Auditorium MYEG, Petaling Jaya pada Rabu, 15 Januari 2020. : KitaReporters.com

DARI kiri: (L-R) - Azim, Qiff, Muaz, Erissa, Sarah Suhairi dan Bella Khann.


Dengan kemenangan itu, beliau membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah telefon pintar edisi terhad HONOR 20 Pro Moschino, set lengkap produk MUCA, fon telinga bluetooth Panasonic dan saguhati khas Spritzer Tinge, menurut satu kenyataan media hurr.tv baru-baru ini. 

Menurut kenyataan itu lagi, Azim Othaman pula muncul naib juara yang turut membawa pulang sebuah telefon pintar HONOR 9X, fon telinga bluetooth Panasonic berserta saguhati khas Spritzer Tinge. 

Turut bertanding pada peringkat akhir Muzik Jam 3.0 adalah Muaz Mustaqim dan Thaqif Idlan. 

Kesemua peserta dikehendaki menyanyikan dua buah lagu secara LIVE dan individu dengan undian tertinggi oleh penonton muncul sebagai juara. Erissa Puteri menyampaikan lagu Memories oleh Maroon 5 dan Be Alright oleh Dean Lewis mendapat undian tertinggi dengan 27.8%. 

Azim (Hanya Rindu oleh Andmesh Kamaleng dan Alalala Sayang oleh Azarra Band - 26.7%), Qiff (Honey oleh Irfan Haris dan Nyaman oleh Andmesh Kamaleng - 22.8%) dan Muaz (Di Antara Bintang oleh Hello dan Kekasih Bayangan oleh Cakra Khan - 22.7%). 

PARApeserta dan hos bersama penaja Muzik Jam 3.0


Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengurus Pemasaran Spritzer, Priscilla Lim Ching Hoon dan wakil Bahagian Pemasaran HONOR, Alex Tan Chun Nam. 

Muzik Jam 3.0 telah bersiaran secara langsung bermula 16 Oktober 2019 dengan dihoskan oleh Bella Khann. 

Penyanyi lain yang ditampilkan pada program ini adalah Isma Sane, Nana Sheme, Wany Kayrie, Sissy Iman, Wani Syaz, Shalma Eliana, Imantroye, Syabil dan Hafizam. 

Format program ini adalah berdasarkan undian 100% oleh peminat menerusi siaran langsung pada setiap hari Rabu jam 8.30 malam. 

Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly berkata, “Kami di hurr.tv teruja menyaksikan kebangkitan bakat-bakat muda Malaysia dalam satu platform khas seperti Muzik Jam. 

"Dengan pendedahan ini, sudah pastinya ia memberikan pengalaman luar biasa serta menyediakan mereka untuk lebih fokus ketika beraksi di hadapan khalayak ramai.” 

Peringkat akhir Muzik Jam 3.0 turut diserikan dengan persembahan juara Muzik Jam pertama, Sarah Suhairi yang juga hos bersama. 

Program yang disiarkan secara langsung itu dihoskan Bella Khann dengan kehadiran kira-kira 100 penyokong dan ahli keluarga dalam memberikan sokongan kepada peserta pilihan. - KitaReporters.com

1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago