Santai 10 Sep, 2019

KONGSI MINDA BERSIH JIWA: MUJARABNYA KATA SEMANGAT

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel: normalahamzah251@gmail.com

Share this
Assalamualaikum dan selamat pagi. Kongsi minda bersih jiwa.

Gambar dari https://all-free-download.com/free-vectors/


Renungan.

Mujarabnya kata semangat

Bangga dengan diri sendiri

Tidak semua perkara yang kita rancang akan menjadi. Ada masanya kita akan rasa kecewa dan hilang semangat.

Pada masa itu, kita akan mencari pelbagai cara untuk memulihkan semangat yang sudah hilang.

Salah satunya ialah sokongan kata-kata semangat yang diberikan oleh kawan atau saudara mara.

Kata-kata mereka ini sangat mujarab apabila digunakan dengan betul untuk mengumpul semula kekuatan diri.

Ingat..

Semuanya bermula dari diri kita sendiri.

Pun begitu, hanya fikiran dan mindset kita boleh membantu membina semula keyakinan diri sekali gus melawan semangat yang sudah hilang supaya tidak terus berputus asa.

Lebih baik kita berhenti bercakap dan mulakan sesuatu yang berfaedah untuk hidup kita. Jangan mengeluh.

Menjadi lumrah, orang yang gagal akan nampak kesusahan pada setiap peluang, manakala orang yang yakin akan nampak peluang dalam setiap kesusahan.

Jangan biarkan apa yang berlaku semalam menghantui hidup kita hari ini. Kerana sudah tertulis yang perjalanan hidup ini sangat mencabar.

Kehidupan bukanlah berkisar tentang kekalahan atau kegagalan tetapi tentang apa usaha untuk bangun semula.

Manusia tidak dicipta oleh keadaan. Sebaliknya manusia yang mencipta keadaan dengan perjalanan hidup mereka sendiri dengan izin Allah.

Begitu juga dengan masa yang tidak menunggu kita dan akan terus berlalu, yang penting apa yang kita lakukan dengan masa yang ada. Cuba fikir.

Realitinya

Hidup kita hak kita. Orang tak boleh campur. Ia merupakan perkara yang kita sendiri pilih untuk diri kita.

Memandang rendah terhadap diri sendiri tidak membawa anda ke mana-mana sebaliknya berbanggalah dengan apa yang kita miliki. Syukur dengan nikmat Allah.

Bangkitlah.. 

Lalui hari hari-hari mendatang dengan positif kerana kejayaan kita bergantung kepada usaha kita. Rehat bila penat, bukan rehat bila berasa selesa.

Dalam apa juga keadaan, mesti selalu nampak hebat.

❤️🌹 Tuhan tidak berjanji siapa berusaha akan hidup mewah. Tetapi siapa yang bertawakal kepada-Nya pasti dicukupkan keperluannya.❤️🌹

3
0
0
0
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago