SIAPA yang tidak sedih bila tidak dapat menyambut hari lahir, sedangkan setiap tahun sambutan akan diadakan tidak kira dalam keadaan meriah atau ringkas. Itu yang berlaku kepada seorang pesakit wanita warga emas di Hospital Fengtai Beijing, yang mengakui sedih tidak dapat menyambut hari ulang tahun berikutan dirinya dimasukkan ke wad pengasingan hospital berkenaan. : KitaReporters.com
SEORANG kakitangan hospital berbual dengan pesakit yang diletakkan di dalam wad pengasingan hospital selepas disahkan positif COVID-19. - Kredit foto: BeijingDaily.
Bagaimanapun, keluhan wanita warga emas itu diberi perhatian jururawat dan pekerja perubatan yang bertugas dengan merancang membuat kejutan dengan mengadakan sambutan hari jadi kepada warga emas berkenaan.
Rancangan sambutan hari lahir itu bagi mengisi ‘kekosongan’ hati pesakit warga emas berkenaan selepas ahli keluarga tidak dibenarkan menziarahi sepanjang berada di wad pengasingan.
Memetik portal Womenofchina.cn, wanita emas yang dikenali Yu menangis dalam kesyukuran kerana
tidak menyangka, sambutan hari lahirnya pada tahun ini masih disambut walaupun
berada dalam wad pengasingan.
Sambutan
berkenaan dirancang oleh jururawat yang bertugas di wad berkenaan pada Jumaat, 14 Februari 2020 yang hanya diadakan secara ringkas.
YU teruja menerima sejambak bunga daripada kakitangan hospital sempena hari lahir yang ke-61 di Hospital Fengtai Beijing, pada 14 Februari 2020. - Kredit foto: BeijingDaily.
Sebelum ini,
Yu pernah menyuarakan kesedihan kerana tidak dapat menyambut majlis ulang tahun
seperti tahun kebelakangan ini berikutan di tahan di dalam wad pengasing selepas
disahkan positif COVID-19.
Malah sempena
hari lahir, Yu turut berjanji akan terus memberi kerjasama dengan kakitangan hospital
berkenaan bagi memastikan diri dirawat dengan sempurna dan dibebaskan daripada wad pengasingan berkenaan.
Sementara itu, seorang doktor turut menerima kejutan sambutan hari lahir ketika bertugas di wad pengasingan hospital berkenaan.
Doktor Song
Shu yang bertugas di jabatan gastroenterologi dan endokrinologi di hospital berkenaan
tidak menyangka dalam kekalutan merawat pesakit dia masih diraikan dalam
majlis.
Akuinya doktor
muda itu, walaupun majlis berkenaan diadakan dalam keadaan ringkas, namun meninggalkan
kenangan terindah buatnya.
Inilah dinamakan bekerja dalam kumpulan, pasti ada pahit dan manisnya!
Doktor wanita
itu kelihatan bergenang air mata ketika seorang daripada pegawai kanan
menghantar sejambak bunga dan kek sebagai tanda meraikan hari ulang tahunnya
yang ke-30.
Malah doktor
itu berkata, dia membayangkan sambutan hari lahir akan berlalu begitu sahaja memandangkan
semua rakyat sedang sibuk ‘melawan’ penularan wabak COVID-19, yang melanda China
sejak pertengahan Januari lalu.
Song Shu dan beberapa kakitangan menyertai jabatan berkenaan selepas penularan wabak berkenaan sejak Januari 2020. - KitaReporter.com
Laporan-laporan berkaitan COVID-19 boleh dibaca di: https://kitareporters.com/coronavirus