Santai 18 Mar, 2020

[VIDEO] HIBURAN ALA ITALI BILA KENA LOCKDOWN

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
Biarpun terbatas pergerakan penduduk di Itali ekoran arahan kerajaan mengenakan sekatan berkurung di rumah, namun tidak menghalang penduduk di negara berkenaan menghiburkan hati dengan cara sendiri. Terbaru, menjadi tular dalam media sosial apabila sekumpulan penduduk di kawasan perumahan di bandar Rom menghiburkan hati masing-masing dengan aktiviti menyanyi bersama-sama. : KitaReporters

PENDUDUK Itali menghiburkan diri dengan menyanyi di balkoni di rumah masing-masing selepas kerajaan mengeluarkan arahan sekatan. - Kredit foto: Metro.co.uk.


Menariknya, aktiviti nyanyian itu dilakukan di balkoni di rumah masing-masing tanpa melibatkan pertemuan dan sentuhan.

Video yang menunjukkan mereka bersahaja sambil menyanyi di balkoni masing-masing itu berdurasi 1.35 saat itu disaksikan lebih 458,000 pengguna di Twitter selepas dimuat naik oleh seorang penduduk di sana.

Memetik laporan cnbc.com, video yang tular dalam laman sosial memaparkan penduduk yang tinggal di apartmen menyanyi dan bermain alat muzik beramai-ramai daripada balkoni kediaman masing-masing.

Bukan sahaja menghiburkan hati sendiri pada kala kebimbangan ekoran peningkatan kes Covid-19 setiap hari, tindakan itu juga untuk menaikkan semangat jiran yang lain.

Itali merupakan salah satu negara paling teruk terjejas akibat Covid-19.

ITALI mencatatkan 31,305 kes akibat Covid-19 dengan angka korban sebanya 2,503 orang. - Kredit foto: gulfnews.com


Sehingga Selasa, 17 Mac 2020, Itali mencatatkan 31,305 kes positif Covid-19 dengan angka korban bertambah kepada 2,503 kes.

Terdahulu, Perdana Menteri, Giuseppe Conte juga mengumumkan penutupan sekolah, gimnasium, muzium, kelab malam serta tempat-tempat lain di seluruh negara.

Semua jenis aktiviti perniagaan termasuk kedai-kedai dan restoran masih ditutup di seluruh negara itu. - KitaReporter.Com




9
0
1
3
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago