Santai 21 Feb, 2020

NAK JADI NINJA MALAYSIA 2020? MOH SERTAI ORS!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai Buletin Utama dan Harian Watan 1994-'96. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (BNC).

Share this

APA itu sukan lumba berhalangan atau obstacle race sports (ORS)? Dalam Sukan SEA Filipina dari 30 November hingga 9 Disember 2019, ORS yang membuat penampilan sulungnya di Taman UP Sunken, Manila dikenali sebagai lumba tempuh halangan (OCR). : KitaReporters.com

ATLET Malaysia yang meraih tiga perak dan satu gangsa ldalam umba tempuh halangan (OCR) pada Sukan SEA Filipina, Disember 2019. - Kredit Foto: Facebook MORSA


Senang ceritanya, jika ada yang gemar menonton siri realiti sukan ala hiburan TV macam Ninja Warrior atau American Ninja Warrior, pasti telah menangkap gambaran awal format atau ciri-ciri asas sukannya. 

Boleh dikatakan OCR turut menggabungkan ciri-ciri atau identiti olahraga seperti larian dan lompatan serta gimnastik atau ala latihan rekrut ketenteraan. 

Persatuan Sukan Lumba Berhalangan Malaysia (MORSA) akan menganjurkan 18 kejohanan di seluruh negara bagi mempromosi dan membangunkan sukan berkenaan dari akar umbi hingga atlet kebangsaan. 

Antaranya kata Setiausaha Agung MORSA, Andrew Chiu ialah dua liga utama sukan lumba berhalangan (ORS), sebuah program penggiatan akar umbi dan sebuah kejohanan antarabangsa. 

“Liga Berhalangan Malaysia terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan bukan warganegara, manakala Liga Berhalangan Amatur Kebangsaan bertaraf amatur atau bukan atlet negara yang turut terbuka kepada rakyat asing. 

“Program akar umbi ORS pula menyasarkan pembabitan pelajar-pelajar sekolah menengah dan kolej atau universiti, sementara satu lagi ialah Kejohanan ORS Antarabangsa Malaysia yang terbuka juga kepada atlet sukan ini dari luar negara,” katanya.

STEVEN Sim Chee Keong (kiri) dan Alex Cheah Yoke Loong dalam sidang akhbar di Menara KBS, Putrajaya pada 20 Februari 2020. - Foto MORSA


ORS telah diperkenalkan dalam Sukan SEA Filipina, pada akhir 2019, yang menyaksikan atlet negara berjaya membawa pulang tiga pingat perak dan sebutir gangsa. 

Andrew mengumumkan kalendar aktiviti MORSA itu pada majlis perkongsian penajaan dengan Titan Beverages Sdn. Bhd., pemegang francais jenama minuman Tiger Sugar, di Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya pada Khamis, 20 Februari 2020. 

Turut hadir menyaksikannya ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong

Lain-lain termasuk Presiden MORSA, Alex Cheah Yoke Loong; Pengarah Urusan Titan Beverages, Egbert Lu; Victor Tiew (Paragorn Vest), Marc Chua (MYS Ultron Sdn. Bhd.) dan Kelvin Lim Chen Foong (Hammer Nutrition Malaysia).

WAKIL penaja program OSR 2020 dan pegawai kanan MORSA termasuk Cheah Soon Kit (kanan, bekas pemain beregu badminton negara) bergambar dengan Steven. - Kredit foto: MORSA


“Kejayaan atlet kita yang meraih tiga perak dan satu gangsa pada Sukan SEA itu amat membanggakan kita. 

“Justeru MORSA berasa sudah sampai masanya untuk sukan lumba berhalangan ini dipergiatkan di seluruh negara supaya lebih ramai dan semakin tinggi pencapaiannya dapat diukir oleh atlet kita pada masa hadapan menerusi penganjuran 18 kejohanan pada 2020. 

“Tiga venue atau pemegang taruh serta menjadi sebahagian daripada Liga ORS Kebangsaan ialah Camp 5 Jumpa Sungei Wang (Kuala Lumpur), Rocky Base Camp AEON Tebrau City (Johor Bahru, Johor) dan Ozone Fitness (Petaling Jaya, Selangor). 

“Kami juga berjaya mendapat sokongan penajaan dari sektor swasta seperti Titan Beverage Sdn. Bhd. (pemegang lesen utama Tiger Sugar Malaysia) sebanyak RM1,300,000; Paragon Vest Sdn. Bhd. (Brooks, Kronos, Prime) - RM35,000 dan Adrenaline Addict (Hammer Nutrition) - RM7,000,” kata Andrew.

MOHD. Redha Rozlan (tengah), juara Liga Cabaran Ninja 2018 di Australia.


“Tahniah kepada MORSA atas pencapaian atlet negara dalam Sukan SEA Filipina serta usaha yang tanpa mengenal lelah dalam tadbir urus mereka sehingga berjaya beroleh penajaan bagi membiayai program mereka sepanjang 2020. 

“Dalam tempoh dua tahun, ORS telah mengukir pencapaian awal menerusi Mohd. Redha Rozlan yang menjuarai Liga Cabaran Ninja (NCL) 2018 dan memenangi pingat Sukan SEA.  

“Usaha MORSA dan pencapaian membanggakan ini menjadi bukti malah daya tarikan kepada penaja untuk bekerjasama dalam membangunkan ORS di Malaysia,” kata Steven. - KitaReporters.com

AKSI atlet OCR Malaysia dalam Sukan SEA Filipina 2019. - Kredit Foto: Facebook MORSA

1
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago