Santai 06 Dec, 2019

ANDA RAGU DAN KELIRU? MAKA IKHLASKAN NIAT

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel: normalahamzah251@gmail.com

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat hari Jumaat yang barokah, penghulu segala hari. Kongsi minda, bersih jiwa. : KitaReporters.com


Renungan.

Mulakan dengan bismillah

Hari yang indah

Pagi yang cerah

Sedekah senyuman

Lebihkan beramal

Tingkatkan amalan.

Usah berat lidah mengatakan alhamdulillah.

Lafazkan syukur kepada Allah. Mohon rezeki melimpah.

Ungkapkan saja dengan redha. Lapang dada

Insya-Allah semua mendapat pahala


Ikhlasnya hati kita Allah sahaja yang tahu

Keikhlasan yang mendidik kita menghapus semua yang ragu dan keliru.

Melahirkan rasa kasih dan rindu

Merawat minda yang buntu

Bersama doa yang syahdu

Sesama insan mencari keberkatan.

Di mana ada keikhlasan, di situlah ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata. Kerana ia penghapus dosa yang tidak kita sedar datangnya bila.

Bersedialah untuk satu penghijrahan yang merubah kehidupan menjadi lebih damai dan tenteram melalui kesedaran dan keinsafan.


Ingatlah...

Sebuah hubungan sentiasa bertaut, melihat dan merasa. Ia tidak menyusah namun sentiasa menguji.

Ia tidak datang dengan kata-kata, tetapi dengan hati.

Kadangkala hadirnya dengan renungan mata.

Tanpa suara.

Bukan atas permintaan tetapi kerana ketentuan.

Saat ini, kita mungkin bukan orang yang sempurna untuk mereka tetapi antara yang terbaik di antara semuanya. Kita yang Allah kirim.

Yang mendamaikan jiwa

Dan yang pasti akan selalu mereka rindui.


Ya Allah Ya Tuhanku

Permudahkan urusan kami, sakit sihat kami. Rezeki hajat dan usia kami.

Kerana kami tahu

Jiwa kami ini terasa sepi tanpa-Mu

Hati pula akan mati tanpa iman

Cinta ini akan layu tanpa kasih dan sayang dari-Mu

Kerana

Kepada-Mu kami sandarkan harapan


❤️🌹 Kelmarin adalah kenangan. Malam tadi adalah mimpi. Hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan. KepadaMu kami berserah! ❤️🌹 - KitaReporters.com

0
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago