Santai 11 Jan, 2020

KOTORNYA! 7 JAM SENTAL RUMAH SAMPAI BERSIH

@zuhayati yazid
Telah berkhidmat selama 11 tahun sebagai wartawan Utusan Malaysia, pernah bertugas di Ibu Pejabat di Jalan Chan Sow Lin dan cawangan Kuala Terengganu. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Putra Malaysia.

0

Share this
Tidak kiralah sama ada bujang, berkahwin atau tinggal bersama keluarga, kebersihan tempat tinggal memang sangat dituntut. Tak salah jika mempunyai banyak barang. Cuma bila ia tidak disusun dengan rapi, akan membuatkan rasa macam hidup di tempat pembuangan sampah. : KitaReporter.Com

PEKERJA pembersihan perlu memperuntukan masa selama tujuh jam untuk membersihkan keseluruhan rumah di Korea, baru-baru ini - Foto kredit China Press


Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial Naver di Korea Selatan yang berkongsi pengalaman peribadinya yang mengambil upah mengemas rumah seorang penduduk di bandar itu.

Menurut pengirim, rumah yang perlu dicucinya itu terlampau kotor sehinggakan dia menggambarkannya sebagai “keadaan yang paling teruk yang pernah dilihatnya.”

Bayangkan sebuah rumah dipenuhi dengan sampah sehinggakan hampir tiada ruang untuk berjalan, walaupun untuk ke bilik tidur!

“Rumah sampah yang menakutkan dalam semua generasi,” tulis pengirim sebagai tajuk utama kiriman yang ternyata telah menarik perhatian ramai pengguna Internet.

Pengirim juga menganggap rumah itu paling teruk sekali dalam sejarah dan melahirkan rasa pelik bagaimana penghuni rumah berkenaan boleh tinggal rumah yang dipenuhi dengan sampah yang semesti berbau busuk dan menjijikkan.

Malah netizen juga meluahkan rasa terkejut dengan penghuni rumah berkenaan serta cara hidup penghuni  yang kemungkinan hampir setahun tidak pernah mengemas rumah berkenaan.

BAHAGIAN tandas kelihatan seperti tidak pernah dibersihkan sehingga menyebabkan lantai berlumut . 


Paling teruk, ruang tandas dan bilik air rumah ini kelihatan sangat kotor.

Bahagian tandasnya kelihatan seperti langsung tidak pernah dicuci, malah, lantai bilik airnya juga sudah berlumut dan dipenuhi puntung rokok.

Bukan itu sahaja, berdekatan dengan sinki bilik air juga boleh dilihat tuala wanita yang sudah diguna diletakkan begitu sahaja di atas sinki. Memang pengotor!

Dalam masa sama, pengirim turut menunjukkan hasil kerja cucian yang dilakukan olehnya dalam kiriman yang sama.

Pekerja pembersihan menyifatkan rumah yang perlu dicucinya itu terlampau kotor sehinggakan dia menggambarkannya sebagai “keadaan yang paling teruk yang pernah dilihatnya.” 


Rumah yang sebelum itu kelihatan sangat kotor dan tidak terurus akhirnya kelihatan  bersih, malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rumah ini kelihatan seperti rumah baharu!

Bagaimanapun, proses untuk membersihkan bukannya tugas yang mudah kerana pekerja pembersihan itu terpaksa menghabiskan masa selama tujuh jam bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang semata-mata untuk membersihkan rumah berkenaan dan bayaran yang diterima adalah 1 million won (kira-kira RM3,526).

Ternyata, kebersihan di rumah bukan sahaja membuatkan setiap penghuni berasa selesa malah mendapat ketenangan fikiran dan kebahagiaan jiwa. - KitaReporter.Com

You will be interested

JODOH TAK KE MANA.. BERKAHWIN RAKAN TADIKA

Sasha Elite dan Sirhan Wahab berteman ketika di tadika, terpisah dan bertemu semula 30 tahun kemudian dalam pada 2019, kini 2020, menjadi suami isteri

Fauzan Ahmad in Santai 1 day ago

ERISSA PUTERI JUARAI PROGRAM MUZIK JAM 3.0

ERISSA PUTERI muncul juara bagi peringkat akhir Muzik Jam 3.0 di Petaling Jaya pada Rabu, 15 Januari 2020, manakala Azim Othaman pula muncul naib juara
Editor Satu in Santai 2 hours ago

KAT MANA? ADA 137 JANDA DI ''KAMPUNG JANDA''

Di kampung Rotan Batu, ada 137 ibu tunggal di dalamnya, rata-rata kematian suami dan ada juga kehilangan suami akibat ditembak ekoran pemberontakan pemisah
Ahmad Zakki Jilan in Santai 8 hours ago

INUL DARATISTA TULIS "SURAT UNTUK TUHAN"

Pada hari ulang tahun kelahirannya pada 21 Januari 2020, Inul Daratista menulis ‘surat untuk Tuhan’ dalam laman Instagram peribadinya
Fauzan Ahmad in Santai 10 hours ago

KALAU DAH AJAL... MENINGGAL SELEPAS JOGGING

Pemuzik, Faizal Uzir, 46, atau Lok-U meninggal dunia pagi Rabu, 22 Januari 2020, sebaik tiba di rumahnya di Puncak Jalil, Seri Kembanga selepas berjogging.
Fauzan Ahmad in Santai 20 hours ago
v