Santai 02 Dec, 2019

JANGAN MALU UCAP SAYANG KEPADA PASANGAN!!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel: normalahamzah251@gmail.com

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. Kongsi minda bersih jiwa.  : KitaReporters.com


Renungan

Jangan malu ucap sayang

Ada sebab yang perlu isteri tahu

Kekuatan suami adalah isteri

Jangan cepat melatah jika terasa hati dengan suami. 

Selidik dahulu. Mungkin suami ada masalah di tempat kerja atau masalah keluarga.

Sebaliknya cari jalan memulihkan keadaan moga kasih sayang dalam rumah tangga sentiasa mekar dan utuh.

Kekuatan seorang suami adalah isteri.

Tidak kira apa jua keadaannya.

Oleh itu letakkan pasangan sebagai nombor satu dalam hidup kita.

Campurkan rasa hormat dan kepercayaan.

Adalah amat penting untuk kita sentiasa menyokong pasangan berbanding orang lain. Jangan lupa perkara ini.

Selepas ada anak dan sibuk dengan kerjaya dan hal duniawi yang lain, sangat mudah untuk kita terlepas pandang tentang hal ini.


Keperluan fizikal dan antara satu sama lain sering diabaikan sehingga timbul rasa tidak disayangi.

Berapa kali sehari kita menghargai pasangan dengan kata-kata manis?

Kata-kata seperti saya sayang kamu, terima kasih saya minta maaf dan saya rindu kamu.

Ada yang jadikan amalan, ada yang tidak.

Jangan pernah lupa untuk diucapkan setiap hari supaya sentiasa rasa dihargai.

Cara ini mungkin nampak remeh dan mengada-mengada tetapi impaknya dalam perhubungan sangat besar.

Ucapkan kata-kata ini selalu, tidak rugipun!

Jadikan ia bukti jelas yang anda menyayangi dan menghargai dirinya.

Hendak lihat pasangan senyum lebar, cubalah.

Berbeza bila bergaduh. Jangan memendam rasa. Jangan sangka lebih baik untuk menyembunyikan rasa sedih, kecewa atau marah kerana sikap pasangan yang mengguris hati kita.

Sebab itu adalah sikap yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.

Silap percaturan musnah segala..


Ingatlah...

Harungi hidup berumah tangga secara baik dan kekalkan rasa hormat ketika berselisih faham.

Komunikasi mesti harmoni.

Jika diamalkan bergaduh yang sihat, pasti kebahagiaan rumah tangga terjaga. Hati pun berasa lega.

Setiap pasangan memiliki kekurangan dan kelebihan.

Jangan perkecilkan pasangan andai ada kelemahannya terutama di hadapan anak-anak atau orang lain dan saudara mara supaya pasangan kekal hormat antara satu sama lain.

Setiap pasangan suka jika diberi hadiah pada tarikh-tarikh penting. Hari lahir ke, ulang tahun perkahwinan atau lain lain sebagai penghargaan dan ingatan. 

Sayang pun melimpah ruah.

Tiada siapa yang dapat mengawal perasan dalam hati orang lain. Malah, rasa cinta dalam diri kita sendiri pun kita tidak dapat kawal.

Semua kerja Allah. Hanya Dia sahaja yang dapat meletakkan rasa sayang dan rindu dalam hati kita. 

Berdoalah selalu. Insya-Allah Dia pasti kabulkan!


❤️🌹 Memiliki sebuah tempat untuk berteduh tentulah rumah. Memiliki sesuatu yang dikasihi, itu adalah keluarga. Memiliki kedua-duanya pula satu anugerah. Memiliki yang selebihnya adalah rezeki. ❤️🌹 - KitaReporters.com

3
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago