Santai 22 Sep, 2019

KONGSI MINDA BERSIH JIWA: SABAR BUKAN MAKNA MENGALAH

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah.

Share this
Assalamuaikum dan selamat pagi. Kongsi minda bersih jiwa.

Renungan.

Sabar itu separuh daripada iman

Hadiahnya sebuah kebahagiaan

Sabarkah kita dalam kehidupan?

Atau kemarahan menjadi galang ganti.

Guna akal, didik hati. Cari jawapannya.

Kesabaran, semakin besar masalahnya semakin sulit pula untuk diselesaikan.

Sabar itu sebahagian daripada iman. Ingat, cuma sebahagian.

Siapa yang mampu bersabar dalam menghadapi masalah, maka pahala dan kebahagiaan akan menjadi milik mereka.

Namun, untuk bersabar dalam menghadapi setiap ujian itu tidak mudah. Perlu kuat dan tabah.

Orang sabar disayang Tuhan. Sebab itu Allah uji. Mereka insan terpilih.

Sabar itu memang berat tapi hadiahnya kebahagiaan luar biasa dan syurga. Itu janji Allah.

Jangan mengaku sabar kalau selalu mengeluh. Mudah mengalah.

Pada hal bersabar dan menyerah adalah dua hal yang berbeza. Sabar dan cari jalan untuk keluar dari masalah. Atau sabar yang terpaksa dan terus mengalah pada keadaan.

Orang yang bersabar faham, Inilah masa mendekatkan diri dengan Allah. Banyak berdoa dan berzikir. Jika dilihat secara positif, sabar mendidik kita menghargai hidup dan nikmat Yang Maha Esa.

Mengajar kita reda dengan ketentuan Allah!

Ingatlah..

Nikmat sabar

Allah uji hamba-Nya ikut kemampuan

Allah angkat darjat

Allah gugurkan dosa

Allah sayang hamba-Nya.

Bersyukur

Kerana diuji dan terpilih.

Bertenang dan rileks

Senyum dan istighfar

Moga yang berat jadi ringan

Yang sulit jadi mudah

Yang lemah jadi kuat

Semuanya terhimpun kemas dalam sebuah sifat yang bernama KESABARAN.

❤️🌹 Sabar itu indah... Walau tidak nampak.. Wujudnya terpancar dalam iman dan takwa ❤️🌹

3
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Zuhayati Yazid in Santai 1 year ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 1 year ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 1 year ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias in Santai 1 year ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 1 year ago