Santai 13 Feb, 2020

[VIDEO] BUKTI CINTA!! HIDUP BERSAMA "ISTERI"

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

 

HIDUP berdua sejak lebih dua dekad lalu pasti meninggalkan kesan jika seorang daripadanya ‘tiada’, ada sahaja yang tidak kena ketika itu. Maklumlah jika sebelum ini, ke mana sahaja pasti berdua selepas anak-anak membesar dan memiliki keluarga sendiri. : KitaReporters.com

TETAP SETIA...bersama isterinya dan berjanji untuk terus setia selama-lamanya. - Foto odditycentral.com.


Itu yang membuatkan seorang lelaki dari Vietnam yang sanggup ‘menumpang’ di pusara isterinya selama 22 bulan sebelum nekad menggali kubur berkenaan.

Memetik laporan odditycentral.com, lelaki yang dikenali sebagai Le Van dari wilayah Quang Nam, Vietnam sanggup menggali kubur isteri tercinta sebelum memasukkan mayatnya ke dalam plaster.

Dia kemudian membawa ‘isterinya’ pulang ke rumah. 

Malah sehingga kini, Le Van masih tinggal berdua dengan ‘isterinya’ di rumah mereka selepas isterinya meninggal dunia pada 2003.

Setiap hari, Le van berkata, dia akan menukar baju sebanyak dua kali kepada isterinya.

Tindakan itu katanya, bagi menggantikan zaman mereka tinggal berdua dahulu.

“Semasa hayatnya, dia tidak pernah memakai baju yang mahal dan cantik. Jadi, saya menunaikan hasratnya sekarang. 

"Ramai menggangap saya gila kerana menguruskan mayat, tetapi saya yakin isteri masih bersama saya,” katanya yang akan setia bersama isteri sehingga nafasnya yang terakhir.

ANAK-ANAK juga menyerah kalah dengan kedegilan bapanya yang sanggup melakukan apa sahaja demi ibunya. 


Kongsi Le Van, perkahwinan mereka berdua pada tahun 1975 telah diuruskan oleh keluarga masing-masing, namun mereka jatuh cinta selepas tinggal bersama.

Namun ketika Le Van bekerja di luar daerah dia dimaklumkan oleh keluarga terdekat isterinya meninggal dunia.

Malah lebih menyedihkan Le Van tidak sempat menatap wajah isteri buat kali terakhir, lalu menyebabkan dia rasa terkilan dengan pemergian orang yang paling dia cintai.

Kisah lelaki berusia 66 tahun itu pernah mendapat perhatian media dan pihak berkuasa pada 2009, namun kebanyakan orang berpendapat, ia hanya cerita yang direka dan sengaja disensasikan.

KENANGAN... gambar Le Van bersama isterinya pada zaman muda.


Kini biarpun berkerusi roda sejak dua tahun lalu, Le Van tetap menguruskan isterinya setiap hari.

Malah, anak-anaknya juga ‘menyerah kalah’ dengan kedegilan bapa mereka.

Namun lelaki itu berjanji akan terus setia bersama isterinya sehingga hujung nafasnya.

 “Saya akan terus tidur di sisinya sehingga saya mati,” katanya. - KitaReporter.Com


2
13
6
1
1
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago