Santai 24 Dec, 2019

LEBIH BAIK BIAR HAFIZH 'REMPIT' MOTO2 SAHAJA

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai Buletin Utama dan Harian Watan 1994-'96. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (BNC).

Share this
HANYA peringkat amatur dan sebagai sebahagian latihan kecergasan dan fizikal. Bakat berkayuh ada tetapi jika terjun ke profesional, perlukan tumpuan penuh dan luangan masa. : KitaReporters.com

HAFIZH Syahrin Abdullah (tengah) dan Anuar Manan (tiga dari kiri) bersama pasukan AMSkins Racing Club yang menyertai Tour de Selangor 2019, baru-baru ini.


Justeru biarlah Hafizh Syahrin Abdullah kekal dengan sukan Moto2 – arena yang telah menjulang nama dan kemampuan terbaiknya sehingga digelar El Pescao (Ikan Kecil).

Anuar Manan membuat tiga rumusan ini selepas menyaksikan ‘peralihan satu lagi roda’ karier bekas pelumba MotoGP negara dalam perlumbaan berbasikal Tour de Selangor (TdS) 2019.

Pemilik AMSkins Racing Club inilah yang mempelawa Hafizh, 25, berkayuh bersama pasukannya dalam TdS dari 18 hingga 22 Disember lalu, melibatkan lima peringkat laluan dengan jarak berjumlah 658.7 kilometer.

Namun El Pescao hanya dapat bertahan kira-kira 50 km pertama dan gagal menghabiskan perlumbaan peringkat pertama dari Pulau Indah, Pelabuhan Klang ke Batang Kali yang dijadualkan sejauh 176.9 km.

“Hafizh tidak dapat meneruskan perlumbaan kerana kesukaran memahami teknikal jalan peringkat ini seperti apabila melalui lubang-lubang jalan.

“Namun dari segi kayuhannya, Hafizh masih memiliki daya ketahanan,” kata Anuar, 33, pelumba pertama negara yang berjaya menjuarai satu peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010.

“Bagi LTdL tahun depan (berstatus lebih tinggi daripada TdS), susah hendak bawanya lagi. Dia pun amat sibuk dengan sukan pemotoran. 

"Sebelum TdS, dia tidak dapat buat latihan persediaan pesat sebab ada jadual saat akhir (Touring Car).

“Namun pada peringkat berbasikal amatur, dia mampu menguasai dan pernah naik podium ketika satu perlumbaan di Lebuh Raya Lekas (Kajang-Seremban) jadi bakat berkayuhnya memang sudah ada.

“Hafizh cuma kena berikan tumpuan dan latihan sepenuh masa jika serius sertai sukan berbasikal.

"Buat masa ini saya fikir biarlah dia tumpukan kepada sukan yang dia memang terbaik di dalamnya (Moto2),” kata Anuar.

Pasukan AMSkins Racing Club yang sertai perlumbaan berbasikal Tour de Selangor (TdS) 2019. - Foto IG Hafizh Syahrin. 


El Pescao kelahiran Ampang, Selangor ini menutup musim MotoGP 2019 di Valencia, Sepanyol dengan menduduki tempat ke-23 keseluruhan pada 17 November lalu.

“Sukar memulakan perlumbaan TdS tanpa persediaan rapi. Hendak kejar pula pelumba lain yang sangat laju itu sesuatu yang di luar dugaan saya.

“Satu pengalaman baharu dan saya rasa kena buat latihan sebulan lebih awal jika mahu masuk TdS lagi pada 2021 (jelajah dwitahunan sejak edisi pertama, 2017),” katanya.

Hafizh turut meluahkan kekagumannya dengan semangat juang Anuar yang tetap mampu menghabiskan TdS berstatus 2.2 itu pada usia 33 tahunnya biarpun sudah berehat daripada sukan ini selama setahun.

Aksi hebat daripada Hafizh Syahrin Abdullah, yang juga dikenali sebagai El Pescao. - Foto IG Hafizh Syahrin.


AmSkins dalam pada itu menurut Anuar, memerlukan lebih banyak sokongan penaja korporat sebagai memenuhi komitmen mereka dalam menyertai LTdL edisi ke-25.

Mereka kini diperkuatkan barisan pelumba seperti Sofian Nabil Omar Bakti yang baru-baru ini beraksi dalam acara lebuh raya Tagaytay pada Sukan SEA Filipina selain Mohd. Hafidz Hamid, Mohd. Irfan Shatiran dan Hasmat Abdul Aziz.

“AmSkins memang serius hendak masuk LTdL dan kalendar perlumbaan Jelajah Asia. Namun kami amat memerlukan sokongan penaja korporat bagi mengukuhkan kedudukan kewangan.

“Tidak seperti pasukan tertentu yang hanya memberikan slot pelumba kepada anak jati negeri, AmSkins terbuka kepada semua anak Malaysia. Sesiapa yang berbakat, kami akan tawarkan tempat untuk mereka.

“Ramai pelumba tempatan yang berbakat tetapi tiada tapak untuk maju dalam sukan berbasikal,” katanya yang pernah menyarung jersi tujuh pasukan termasuk luar negara antaranya LeTua, Azad University, Geumsan Ginseng Asia dan Synergy Baku serta Terengganu. - KitaReporters.com

0
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Zuhayati Yazid in Santai 1 year ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 1 year ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 1 year ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias in Santai 1 year ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 1 year ago