Santai 15 Dec, 2019

DENDAM SI AYAH, ENGGAN URUS NIKAH SI ANAK

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel: normalahamzah251@gmail.com

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi. Kongsi minda bersih jiwa. : KitaReporters.com


Renungan

Dendam 22 tahun

Buat ayah enggan urus nikah anak

Subuh yang hening.

Panggilan yang menyentuh hati.

Seorang kenalan berkongsi tentang bekas suaminya yang tidak mahu berjumpa dengannya untuk urusan pernikahan anak sulung mereka.

Malah ketika diminta untuk hadir ke pejabat agama untuk berbincang, dia juga enggan hadir. Keadaan tambah sulit bila hari pernikahan semakin dekat.


Semuanya berlaku 22 tahun lalu...

Kenalan saya ini yang saya namakan Sari berpisah dengan suami kerana orang ketiga.

Akur dengan ketentuan Allah Sari meneruskan kehidupan.

Syukur rezeki Allah sentiasa ada walau si ayah lupa tanggungjawab terhadap 3 orang anaknya.

Sepanjang masa itu, Sari bergelut dengan cabaran hidup. Antara kerjaya, anak dan pengorbanan menjadi ibu dan ayah.

Tidak pernah kesal dengan ketentuan Allah, Sari tahu ada hikmah di sebalik semua kejadian. Akhirnya Allah hadiahkan nikmat.

Anak anak berjaya dalam pelajaran.

Hidup Sari juga semakin manis dengan aturan Allah.


Cuma bahagia yang dirasa sedikit tercalar dengan sikap bekas suami. 

Apalah salah si anak. Bagilah dia ruang untuk bahagia dengan jodohnya setelah sekian lama tidak dipeduli ayahnya.

Zalimnya seorang lelaki yang lupa balasan Allah atas amanah yang dilupakan. Di dunia mungkin terlepas, di sana balasannya pasti ada.

Rupanya dendam dia selama 22 tahun tak pernah padam, kata Sari.

Kepada Sari saya nasihatkan, rujuk pejabat agama. Jumpa pegawai di sana berbincang dan minta pandangan. Insya-Allah mereka ada penyelesaiannya.

Terus kuat dan bersabar. Jangan berhenti berdoa. 

Tahniah tidak lama lagi bakal terima menantu dan bergelar ibu mertua.


Ingatlah..

Allah Maha Adil

Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Lambat cepat, pasti ada nikmat yang Dia titipkan buat hamba-Nya yang layak.

Buat kaum Adam, sedarlah

Anak anugerah dan amanah Allah.

Jangan siakan hidup mereka dengan ego anda.

Perceraian memutuskan hubungan anda dan isteri tapi bukan dengan anak.

Hubungan itu kekal selagi anda dan zuriat itu bernafas.


🌹❤️ Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan bila manusia lupa janji yang pernah dia buat dengan Allah. ❤️🌹
5
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago