Santai 13 Jan, 2020

INI JAMBATANNYA! YB MANA? MANA YB? SIAPA YB?

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

0

Share this
KITA semua dapat ke sekolah dengan selamat dan dilengkapi dengan segala bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan. Maka, kita semua perlu bersyukur kerana ada lagi masyarakat yang lebih susah dan memerlukan bantuan daripada kita. : KitaReporters.com

Bagi membuka mata anda semua, sebuah gambar tular dalam media sosial memaparkan bagaimana keadaan pelajar di Sabah terpaksa meniti jambatan besi usang dengan pelbagai rintangan yang membahayakan untuk ke sekolah.

Gambar ini menjadi tular dan menarik perhatian ramai netizen kerana para pelajar di sana terpaksa meniti jambatan besi usang yang di bawahnya adalah arus sungai yang sangat deras, malahan cukup dalam.



Disebabkan gambar ini, ramai warganet merakamkan kesedihan mereka dengan keadaan daif penduduk di sana yang mereka berpendapat, gagal dibela dengan sebaik-baiknya.

Jika anda semua lihat foto di Kampung Muhang, Kota Merudu, Sabah ini kelihatan ibu bapa para pelajar mendukung anak mereka sambil meniti jambatan untuk menghantar anak mereka ke sekolah.


Sehubungan itu, warganet mula mempersoalkan tindakan wakil rakyat di situ yang nampaknya tidak membela dan menyelami kesusahan rakyat di kampung tersebut.

Tanya mereka: "Siapa MP Merudu, dok di KL ke tahu penderitaan rakyat di kawasannya?" 

Kita sebagai rakyat Malaysia yang lain sepatutnya bersyukur kerana telah dibantu oleh kerajaan, semoga nasib penduduk di pedalaman terbela. - KitaReporters.com

Inilah jambatan yang digunakan oleh murid-murid-murid ke sekolah di Kampung Muhang, Kota Merudu, Sabah.

You will be interested

JODOH TAK KE MANA.. BERKAHWIN RAKAN TADIKA

Sasha Elite dan Sirhan Wahab berteman ketika di tadika, terpisah dan bertemu semula 30 tahun kemudian dalam pada 2019, kini 2020, menjadi suami isteri

Fauzan Ahmad in Santai 1 day ago

ERISSA PUTERI JUARAI PROGRAM MUZIK JAM 3.0

ERISSA PUTERI muncul juara bagi peringkat akhir Muzik Jam 3.0 di Petaling Jaya pada Rabu, 15 Januari 2020, manakala Azim Othaman pula muncul naib juara
Editor Satu in Santai 2 hours ago

KAT MANA? ADA 137 JANDA DI ''KAMPUNG JANDA''

Di kampung Rotan Batu, ada 137 ibu tunggal di dalamnya, rata-rata kematian suami dan ada juga kehilangan suami akibat ditembak ekoran pemberontakan pemisah
Ahmad Zakki Jilan in Santai 8 hours ago

INUL DARATISTA TULIS "SURAT UNTUK TUHAN"

Pada hari ulang tahun kelahirannya pada 21 Januari 2020, Inul Daratista menulis ‘surat untuk Tuhan’ dalam laman Instagram peribadinya
Fauzan Ahmad in Santai 10 hours ago

KALAU DAH AJAL... MENINGGAL SELEPAS JOGGING

Pemuzik, Faizal Uzir, 46, atau Lok-U meninggal dunia pagi Rabu, 22 Januari 2020, sebaik tiba di rumahnya di Puncak Jalil, Seri Kembanga selepas berjogging.
Fauzan Ahmad in Santai 20 hours ago
v