Santai 12 Dec, 2019

SAKSI KE"SHAKTI"AN MUZIK FUSION BARAT-TIMUR

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this
SEKIRANYA anda penggemar muzik fusion yang menampilkan irama jazz dengan elemen rentak muzik tabla maka anda barangkali mengenali SHAKTI, sebuah kumpulan akustik jazz terkenal yang dibentuk oleh gitaris berasal dari England, John McLaughlin dan pemain tabla, Zakir Hussain, pada pertengahan tahun 1970-an. : Kitareporters.com

Pemain gitar terkenal British, John McLaughlin. - Pix kredit IG officialnya.


Shakti yang ditubuhkan pada tahun 1973 oleh gitaris John McLaughlin dan tabla maestro Zakir Hussain mempelopori kolaborasi muzik Timur dan Barat, malah memainkan peranan penting dalam mewujudkan muzik Fusion. 

Pemain violinis L. Shankar dan pemain ghatam T H Vikku Vinayakram adalah juga sebahagian daripadai ahli asal yang turut sama menempa nama.

Namun, atas beberapa sebab, kumpulan itu dibubarkan pada tahun 1978, tetapi pada akhir tahun 90-an pembaharuan ahli dilakukan, manakala pada awal tahun 2019, kumpulan itu sekali lagi muncul dengan pemain biola baharu, Ganesh Rajagopalan dari India.


Terkini,  Shakti dianggotai John Mclaughlin (Guitar), Zakir Husain (Tabla), Shankar Mahadevan (Vokal), Ganesh (Violin) dan  V Selvaganesh (Percussion) kembali berkumpul bersama selepas kehilangan ahli asalnya, Mandolin U. Srinivas pada tahun 2014.

Dengan pembentukan ahli baru, Shakti terus  bangkit dengan pelbagai pertunjukan dan persembahan dan menariknya, mereka bakal mengunjungi Malaysia untuk konsert satu malam pada 17 Januari 2020 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ya... hanya satu malam yang tidak harus dilepaskan kerana sudah 12 tahun kumpulan ini tidak muncul menemui peminatnya di Kuala Lumpur.

McLaunghin bersama Shankar (kiri) dan Zakir Hussain (tengah).


“Kami sangat teruja untuk kembali ke Malaysia dan membawa persembahan baru untuk para peminat yang tidak pernah lihat kami dalam beberapa tahun ini, khususnya generasi baharu," ujar John ketika bercakap melalui panggilan telefon kepada segelintir media yang diusahakan oleh penganjur, Shiraz Project pada Isnin (9/12/2019) lalu.

“Peminat kami di Asia sentiasa menyambut kami dan ini adalah hadiah buat mereka  di Malaysia selepas persembahan di Kuala Lumpur pada tahun 2007," tambah John.

Dalam perbualan kira-kira 37 minit itu, John Mclaughlin memaklumkan bakal menyampaikan beberapa buah lagu dari album terbaharu mereka "Is That So" sebagai kejutan buat peminat yang hadir.

Enam tahun dalam pembikinan, "Is That So'  merupakan kerjasama muzik John McLaughlin yang paling mendalam dan paling hebat apabila ia merupakan album kerjasama antara Shankar Mahadevan dan Zakir Hussain.

Maka, mereka yang hadir pada konsert SHAKTI tahun hadapan berpeluang menyaksikan ketiga-tiga karyawan muzik terkenal ini sekali lagi bergabung secara 'live' memperdengarkan  muzik fusion antara Barat dan Timur di pentas Dewan Plenari KLCC.

Teruja tak? 

Jika tidak mahu melepaskan peluang berhibur dengan SHAKTI, tiket-tiker sudah boleh diperoleh melalui www.myticket.asia yang berharga RM 1255 (VIP), RM755 (Diamond), RM555 (Platinum), RM355 (Emas) RM255 (Silver).


Jika anda bertanya berbaloi atau tidak menyaksikan Shakti?

Tepuk dada, tanya selera!  Bukan selera makan tau, tetapi selera yang dapat menghiburkan halwa telinga anda yang menggemari muzik fusion antara Barat dan Timur.

Sebagai pemain muzik yang berpengalaman, John McLaughlin yang kini sudah berusia 77 tahun ternyata masih bertenaga waima daripada perbualan telefon beliau tidak putus putus bercakap mengenai persembahan yang bakal diadakan, sekali gus membayangkan kepada media yang sedang berbicara adalah  seorang lelaki yang tegap lagi bersemangat.

Ditanya mungkinkah satu masa kelak beliau dapat berkolaborasi dengan pemuzik Malaysia?

"Saya sentiasa bersedia dan berharap dapat bertemu dengan pemuzik Malaysia yang mempunyai aliran seni yang sama dengan jiwa saya. Apa salahnya jika kami sehati sejiwa," jawab John.

Mengakui belum mengenali sesiapa daripada pemuzik Malaysia, beliau bagaimana pun berjanji akan melayari laman internet untuk mendengar alunan muzik tradisional Melayu dan yang berkaitan dengan genre muzik rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Semoga ada ilham yang hadir bagi beliau mencipta sebuah lagu untuk diperdengarkan khas buat rakyat Malaysia di sini nanti ya! - KitaReporters.com

0
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago