Santai 22 Feb, 2020

ENGGAN TINGGALKAN WUHAN KERANA KUCING

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PADA ketika banyak negara menghantar pesawat untuk membawa keluar warganya pulang, namun masih ada yang enggan berbuat demikian dan tetap tinggal di Wuhan, China atas sebab-sebab tertentu. : KitaReporters.com

Kristina begitu sayang dengan kucingnya bernama Kitya. - Sumber foto: Instagram keiss3tina


Antaranya ialah seorang model dari Vancouver, Kanada, Kristina Sharamko, 21. 

DIa bukan enggan meninggalkan Wuhan kerana terpaksa berpisah dengan teman lelakinya, sebaliknya kerana tidak dapat membawa bersama kucing kesayangannya bernama Kitya.

Pihak penerbangan telah memberitahu penumpang tidak dibenar membawa sebarang binatang memasuki kapal terbang.

Kerana peraturan, Kristina lebih rela tinggal sahaja di Wuhan bersama kucingnya dan menjalani kuarantin di rumah.

Kuarantin rumah dikuat kuasa sejak 23 Januari 2020, bermakna sudah sebulan dia berkurung di rumah ditemani kucing kesayangannya, Kitya.

Dalam tulisan dalam laman Twitternya, Kristina memberitahu keadaan di Wuhan yang sudah bagaikan ‘bandar hantu’ cukup membosankan. 

Kediamannya  terletak di seberang jalan yang dahulunya sibuk dengan manusia, tetapi kini lengang.


Wuhan tempat pertama terjadinya wabak COVID-19, memang masih dalam kuarantin.

Situasi terkunci atau lockdown membuat tidak ada seorang pun yang boleh masuk atau keluar meninggalkan kota Wuhan kecuali warga asing yang dijemput pulang oleh negara masing-masing.

Keadaan ini membuat para penduduk yang masih kekal berada di Wuhan, menjalani masa berkurung di rumah untuk menghindari terjangkit virus COVID-19.


Menurut laporan Business Insider, Kristina baru lapan bulan berpindah ke Wuhan untuk tinggal bersama kekasihnya.

Namun ketika kota terkunci, si kekasih yang dalam perjalanan bisnes dan tidak dapat kembali ke Wuhan. Akibatnya, Kristina hanya tinggal berdua bersama Kitya di apartmennya.


Kristina nekad berkata, dia akan pulang ke Kanada hanya dengan membawa kucing kesayangannya bersama. Jika tidak dia lebih rela tinggal bersama Kitya di Wuhan.

Demikianlah keadaan jika cinta terhadap haiwan sama dengan cinta sesma manusia. - KitaReporters.com

Laporan-laporan berkaitan COVID-19 boleh dibaca di: https://kitareporters.com/coronavirus

2
0
0
0
0
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago