SEORANG wanita berdepan detik menakutkan dalam hidupnya apabila dipatuk reptilia bahaya ketika sedang ‘tunai hajat’ di dalam tandas di rumahnya di Thailand, baru-baru ini. : KitaReporter.com
REPTILIA berkenaan dipercayai muncul di tandas ketika ibu Chunya sedang membuang air besar di rumahnya di Bangkok, baru-baru ini. - Kredit foto FB Chunya Sittiwichai.
Kejadian yang berlaku di Bangkok itu menyebabkan seorang wanita separuh abad itu panik selepas didatangi ular yang secara tiba-tiba menjalar ke pehanya sebelum mematuk ketika sedang membuang air besar.
Pengalaman mengerikan itu dikongsikan oleh anak perempuanya, Chunya Sittiwichai dalam laman Facebooknya (https://www.facebook.com/poppular.eiei.3), baru-baru ini sebelum menjadi tular.
Ibunya yang
terkejut dengan kedatangan ‘tetamu’ yang tidak diundang itu bertindak berani
dan terus menarik kepala ular tersebut tetapi hanya menyebabkan reptilia berkenaan terus
mengeraskan badannya.
Tidak puas ‘balun’
reptilia berkenaan, ibunya terus menjerit bagi mendapat pertolongan sebelum
didengarinya dan terus meluru ke bilik air bersama pisau dan tukul untuk menyelamatkan
ibunya.
Aduhhh mesti
panik! Tiba-tiba dikunjungi ‘tetamu’ yang tidak diundang. Itu belum sakitnya
lagi…
ABANG dan ibu Chunya bergabung tenaga memukul dengan tukul sehingga reptilia berkenaan mati. - Kredit foto FB Chunya Sittiwichai.
Katanya lagi,
ibunya cuba memotong dua ular itu tetapi kulit haiwan tersebut terlalu keras
sehingga menyebabkan badannya tercedera sedalam tiga sentimeter.
Malah, ibunya
juga hampir tidak sedarkan diri ketika ular itu terus membelitnya.
Namun sebelum
itu, ibunya terus memberanikan diri dengan mengetuk dengan sekuat hati kepala
reptilia berkenaan sebelum abangnya bertindak mengetuk kepala reptilia itu
dengan tukul sehingga mati.
Berani betul
dua beranak itu!
CHUNYA Sittiwichai yang berkongsi pengalamn mengerikan ibunya di laman Facebook miliknya, baru-baru ini. - Kredit foto FB Chunya Sittiwichai.
Keluarga Chunya kemudian terus membawa keluar ibunya sebelum mengunci bangkai ular tersebut di dalam tandas tersebut sebelum pihak penyelamat tiba di rumahnya.
Wanita
berkenaan bagaimanapun selamat setelah dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan dengan mendapat
beberapa jahitan.
Difahamkan,
ular tersebut memasuki ke dalam paip rumah sebelum muncul di dalam tandas rumah
mangsa.
Itulah
pentingnya menjaga kebersihan di persekitaran rumah supaya tidak didatangi ‘tetamu’
yang tidak diundang seperti ini. - KitaReporter.com