Pesona 10 Feb, 2020

[VIDEO] ABAM BOCEY DAH TAK ADA - ACHEY, FAD

@fauzan ahmad
Bekerja dengan Utusan Malayisia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga berugas dengan beberapa media lain

0

Share this
DUNIA hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pelawak berbadan besar Abam Bocey, 32,  pagi tadi (Isnin, 10 Februari 2020) di rumahnya di Gombak, Selangor. : KitaReporters.com

Abam Bocey meninggal dalam tidur pada pagi Isnin, 10 Februari 2020. - Kredit foto Instagram

Berita pemergian Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar al-Juffrey Syed Mohd Redzuan diberitahu oleh adiknya, Ali kepada Berita Awani, Astro.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya.

Isteri Abam, Nor Hidayah Mohd Ali turut mengesahkan perkara tersebut apabila dihubungi.

Hidayah memberitahu, Allahyarham ada mengadu demam dan berasa kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas, dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.“ katanya  kerana arwah berkata, hanya demam dan sakit kepala biasa. 

"Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun tak ada tindak balas daripada dia,” tangisnya.

Kata Nor Hidayah, dia kemudian mendapati suaminya sudah tidak bernyawa lagi.

Gambar kenangan Abam, isteri dan anak. - Kredit foto Instagram Abam Bocey

Abam dan Nor Hidayah, seorang akauntan, berkahwin pada 8 Disember 2017 dan memperoleh anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, yang kini berusia 5 bulan.

Abam mula dikenali apabila menyertai program Maharaja Lawak di Astro Warna pada 2016 melalui kumpulan Bocey yang turut disertai Fad dan Acey.

Namun Abam tetap bergerak secara solo dan bentuk tubuh serta cara berlawaknya menarik perhatian ramai.

Abam sepatutnya menjayakan sebuah teater komedi seram bertajuk Korupsi Dewan Semandung di Istana Negara, Kuala Lumpur yang dijadual pada 28, 29 Februari 2020 dan 1 Mac 2020.

Tuhan Maha Pencipta mengambil Abam berpulang sebelum sempat menjayakan teater itu dan pergi selepas 10 hari sidang media di Istana Negara.

Dalam sidang media itu, Abam ada mengumumkan akan meminta isterinya berhenti daripada pekerjaan sebagai akauntan, sebaliknya mahu isterinya menguruskan anak, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia 5 bulan sepenuh masa. 

Syed Uthman lahir pada 14 Jun 2019.

Secara lawak, Abam juga berharap untuk menimang cahaya mata kedua setelah isterinya berhenti kerja.

Kepergian tiba-tiba Abam Bocey mengejutkan sejumlah artis dan peminatnya. 

Dua rakannya dalam kumpulan Bocey, Fad dan Acey menyampaikan belasungkawa mereka melalui Instagram.  

Poster Korupsi Dewan Semandung yang sepatutnya turut dijaya oleh Abam. - Kredit foto Instagram Istana


You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 1 week ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 1 week ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 1 week ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Ahmad in Pesona 1 week ago