Pesona 06 Dec, 2019

"BAYAR DUIT UMRAH AKU YANG SEMUA KAU SAPU"

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

"SUSAH payah parents I cari duit nak pergi umrah. Senang-senang mereka kaut begitu saja. Bukan sikit duit diorang dapat tu, RM2 juta," demikian kata seorang anak mangsa terbabit. : KitaReporters.com


Ini adalah kes terbaru penipuan membabitkan kerugian jutaan ringgit yang terpaksa ditanggung oleh 260 jemaah yang sepatutnya berlepas dengan rombongan umrah pada 26 November dan 4 Disember lalu. 


Menurut pengguna Twitter berkenaan, keluarganya menggunakan perkhidmatan sebuah agensi yang berdaftar dengan Tabung Haji (TH) dan diketuai seorang ustazah dan seorang ustaz. 

Mutawif yang sepatutnya membawa rombongan itu lesap bersama RM2 juta itu meninggalkan anak dan isterinya untuk berdepan dengan jemaah yang mahukan wang itu dikembalikan. 

Sudahlah diaibkan dengan kegagalannya membereskan urusan tiket dan sudah tentulah tempat tinggal di dua kota Tanah Suci berkenaan, anggota rombongan terpaksa menahan malu dengan penduduk kampung kerana impian berada di Mekah dan Madinah tidak kesampaian. 

Tambah mendukacitakan lagi apabila anak tu berkata, peserta membayar dari RM6,000 hingga RM7,000 seorang sebagai tambang penerbangan, tempat tinggal, pengangkutan dan makan minum sepanjang tempoh umrah. 


Cerita kena tipu oleh pengendali umrah akan mula kedengaran sebaik saja selesai musim ibadat haji. 

Selesai musim haji, maka akan datang pula musim umrah yang sememangnya ditunggu oleh umat Islam yang tidak mampu bagi mengerjakan ibadat itu. 

Selalunya yang menipu ini menjadi ejen kepada syarikat utama pengendali umrah. Mereka akan mencari ahli rombongan, menguruskan kutipan dan pembayaran wang serta menerima komisen serta berpeluang mendapat tajaan umrah percuma.

Setiap tahun, hampir 100,000 rakyat negara ini mengerjakan umrah sama ada untuk kali pertama atau sudah berkali-kali. 

Kos tambang selalunya bermula dengan RM5,000 dengan segalanya ditanggung secara pakej termasuk tiket perjalanan dan penginapan serta makan minum selama 10-12 hari. 

Ada juga umrah yang lama termasuk sebulan khususnya pada musim Ramadan dan cajnya serupa dengan tambang haji dari RM10,000 hingga RM20,000. Harga itu tidak termasuk umrah VVIP dan peribadi.


Seorang bekas pengendali khidmat umrah yang hanya mahu dikenali sebagai King, menceritakan bagaimana rakan kongsinya menipu rombongan umrah berjumlah RM5 juta pada 2013.

Dia bersama seorang yang berpangkat Datuk sebelum itu membuka perusahaan perdagangan. 

Datuk itu hanya bertugas membeli buah goji dari China dan tidak terlibat dengan urusan syarikatnya.

Malangnya, syarikat itu telah disalahgunakan kononnya mengendalikan umrah menyebabkan 1,000 pembeli dari seluruh negara melabur dan wang kutipan tu lesap bersama dengan Datuk itu.

Dan syarikat itu telah dirosakkan oleh pelanggan yang marah dan datang memecah masuk sambil merusuh untuk menuntut wang pelaburan mereka yang telah dilarikan oleh Datuk yang memiliki tiga isteri itu.

Dan semalam (5/11/2019), Polis Johor Bahru menerima 25 laporan berkaitan kes sama membabitkan sebuah syarikat umrah di Kota Tinggi, yang dianggarkan menanggung kerugian sebanyak RM322,493. 

Harian Metro juga melaporkan semalam (5/12/2019) bahawa seramai 53 mangsa yang lain pula ditipu berjumlah RM2.1 juta kerana gagal menguruskan tempahan umrah yang sepatutnya berlangsung pada Ogos lalu. Mereka membayar sehingga RM12,844 seorang, tapi umrah tinggal janji.

Jangan bersikap naif apabila berurusan mengerjakan umrah. Selalunya pembayaran melalui orang perseorangan, imam atau ejen bebas yang mewakili syarikat tertentu boleh merisiko wang itu lesap. 

http:/www.yadim.com.my/v2/semak-status-pengelola-umrah-di-portal-i-umrah-jawhar/


Ahli rombongan utama perlu menyelidik melalui talian i-Umrah untuk melihat syarikat yang berdaftar dan seelok-eloknya memilih menggunakan khidmat syarikat yang diiktiraf serta sudah lama dan dikenali dengan kecekapan mereka berkhidmat.

Sehingga 2017, sebanyak 14 syarikat yang dipercayai menipu mempromosikan umrah sudah dikenakan tindakan. 

Contoh terbaik untuk memastikan syarikat itu menipu apabila kos umrah di bawah harga RM4,900 daripada caj permulaan.

Janganlah sia-siakan wang yang dikumpul bertahun-tahun hasil jual kerbau, lembu, menoreh getah mahupun baru menerima wang pencen dari tabungan simpan pekerja kepada orang yang anda tidak kenali semata-mata yakin dia pengendali pakej umrah yang jujur. - KitaReporters.com

1
0
1
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago