Pesona 27 Dec, 2019

GANASNYA! BUNUH KERANA MAKANAN LAMBAT

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

HANYA kerana lambat menghidangkan makanan yang dipesan, seorang pegawai polis di Kemboja menembak mati seorang pemilik restoran di kawasan Ta Pov di bandar Bavet, bandar terbesar dalam wilayah Svay Rieng. : KitaReporters.com

KEO CHETRA... Kerana marah sanggup membunuh pemilik restoran.


Pegawai polis tersebut, Keo Chetra, 29, merupakan Timbalan Inspektor di wilayah Svay Rieng. Mangsa pula ialah Soeun Srey Ner, 38, pemilik restoran Daner Lucky Music .

Soeun ditembak di kepala pada jarak dekat. Dia mati dalam perjalanan ke hospital di Vietnam. Tidak pasti kenapa dia dihantar ke Vietnam.

Ini mungkin kerana Bavet bersempadan dengan Vietnam. Kemudahan perubatan di Vietnam dikatakan lebih baik berbanding kemudahan perubatan tempatan.

Memetik laporan media Kemboja, kejadian berlaku ketika Keo Chetra berkunjung ke restoran Daner Lucky Music.  Dia memesan semangkuk mi panas.

Bagaimanapun dia yang dalam keadaan mabuk menjadi marah apabila mi yang dipesan lambat dihidangkan. 

Dia kemudian mengeluarkan  pistol dan melepaskan tembakan tepat ke kepala Soeun.

Keo kemudian menyerah diri kepada polis dan mengakui jenayah yang dilakukan. 

Dia kini ditahan di pusat tahanan menunggu perbicaraan atas pertuduhan bunuh dan memiliki senjata api tanpa kebenaran.

Menariknya, Keo Chetra adalah anak kepada Keo Kong, inspektor polis bagi bandar Bavet.  Kerana itu wujud kebimbangan tiada tindakan diambil ke atas Chetra kerana kedudukan bapanya.

Wujud tanggapan kerana bapanya inspektor dan dia sendiri timbalan Inspektor, maka dia (Keo) boleh berbuat sesuatu sesuka hati dan terlepas daripada hukuman.

Penahanan Keo memadamkan kesangsian berkenaan. 

KEDUDUKAN bandar Bavet di dalam Kemboja yang bersempadan dengan Vietnam. - Gambar GoogleMap


Penyelaras Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Svay Rieng, Nuth Bopinnaroat gembira kerana ia menunjukkan tiada unsur nepotisme dalam kes berkenaan.

Bagaimanapun, Nuth berang dengan tindakan Keo yang membawa senjata api dan melepaskan tembakan tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

Dia mengesyorkan agar undang-undang kawalan senjata api diperketat dan dikuatkuasakan bagi mengelakkan peristiwa sama berulang.

Melepaskan tembakan dianggap perkara biasa di Kemboja dan kebanyakannya melibatkan pegawai-pegawai tentera serta pegawai-pegawai kanan polis.

Kegagalan mengekang penggunaan senjata api ini diletakkan di atas bahu kerajaan akibat sistem pentadbiran yang lemah. Mereka yang ada kenalan dengan orang besar pula boleh terlepas daripada hukuman.

Tarikh perbicaraan Keo Chetra masih belum ditentukan. 

Menurut Artikel 199 Kanun Cara Jenayah Kemboja, jika didapati bersalah Keo boleh dipenjara antara 10 hingga 15 tahun.

Ingat, jika anda berkunjung ke mana-mana tempat makanan dan pesanan lambat disajikan jangan bertindak ganas yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain! - KitaReporters.com

0
0
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 1 year ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 1 year ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 1 year ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 1 year ago