Insan & Komuniti 10 Feb, 2020

GEMUK IS AWESOME! TERIMA KASIH ABAM BOCEY!!

@ku syafiq ku fozi
Wartawan terakhir yang diterima bekerja secara tetap bersama Utusan Malaysia. Mula berkhidmat pada 1 November 2017 dan tamat pada 31 Oktober 2019. Pemerhati perkembangan muzik negara baik dalam arus perdana mahupun bawah tanah.

Share this

INDUSTRI hiburan negara dikejutkan dengan berita sedih pemergian pelawak terkenal, Syed Umar Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey. Abam dilaporkan meninggal dunia selepas demam dan sakit kepala selama dua hari. : KitaReporters.com

Foto: Facebook Syed Umar Mokhtar


Ia pastilah berita yang menyedihkan apabila seorang pelawak yang tidak pernah jemu menghiburkan kita kini pergi buat selama-lamanya.

Sebagai penghargaan terhadap perjuangan seninya, mari kita kenang perjalanan seorang insan seni bernama Abam dalam industri hiburan kita.

Permulaan Karier

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar al-Juffrey Syed Mohd Redzuan memulakan langkah sebagai anak seni melalui penyertaannya dalam Raja Lawak 6 pada 2012. Beliau bersama adiknya, Ali membentuk kumpulan Albob.

Albob tidak berjaya mara ke final apabila tersingkir pada minggu ketujuh. Namun ia tidak menghentikan langkah Abam dalam dunia lawak.

Foto: Facebook Syed Umar Mokhtar


Setahun kemudian, Abam bersama sorang lagi peserta Raja Lawak 6, Fad dari kumpulan Selak membentuk kumpulan Bocik bagi menyertai pertandingan Bintang Mencari Bintang.

Dalam pertandingan ini, mereka diletakkan di bawah Afdlin Shauki sebagai tenaga pengajar.

Bocik bergelar Naib Juara, tewas di tangan Achey yang tampil solo.

Bocik dan Achey seterusnya bergabung membentuk Bocey bagi menyertai Maharaja Lawak Mega 2013.

Foto: Facebook Syed Umar Mokhtar


Kemuncak Karier

Gandingan Abam bersama Fad dan Achey sangat menjadi. 

Penampilan pertama mereka di Maharaja Lawak Mega sudah memberikan impak apabila berjaya mendapat tempat ketiga di belakang Sepahtu dan Shiro.

Rekod Bocey sangat baik. Mereka berjaya mara ke final dalam setiap edisi Maharaja Lawak Mega yang mereka sertai dan menjadi satu-satunya pasukan yang menjadi juara dua kali.

Pada tahun 2015, Bocey mengorak langkah lagi apabila terpilih untuk menyertai pementasan lawak berprestij, Lawak Ke Der? bersama-sama Harith Iskander, Afdlin Shauki dan Douglas Lim.

Foto: Facebook Achey Kintangkintung


Pencapaian Peribadi

Selain pencapaiannya bersama Bocey, Abam juga berjaya mencatat kejayaan peribadi sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan tanah air.

Pada tahun 2016, Abam berjaya bergelar Naib Juara Super Spontan Superstar. Beliau tewas di tangan Johan.  Itu adalah satu-satunya pencapaian Abam ke final Super Spontan.

Pencapaian terbaiknya pastilah menggondol anugerah Pelawak Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014. 

Ketika itu, beliau menewaskan empat lagi pelawak popular iaitu Zizan, Jep Sepahtu, Achey dan Shuib Sepahtu.

Foto: Facebook Syed Umar Mokhtar


Kemenangan itu juga diingati kerana ucapan Abam yang menyebut Gemuk Is Awesome ketika menerima anugerah tersebut. 

Walaupun ada yang mengecam kerana Abam seolah-olah mahu menormalisasikan kegemukan, namun Abam menjelaskan ia adalah luahannya bagi mewakil orang bertubuh gemuk yang sering terpinggir dalam kejayaan.

Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 pada usia 32 tahun. Beliau meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah Mohd Ali dan seorang anak berusia lima bulan, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey. - KitaReporters.com 

6
0
4
0
0
You will be interested