Pesona 28 Jan, 2020

TUAH SI AYAM NAMPAK PADA "EMPAT" KAKINYA!!

@rashid rahman
Memulakan kerjaya sebagai Wartawan Utusan Malaysia sejak Jun 2006 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Sabah dan Pahang.

Share this

TUAH ayam nampak pada kaki, tuah manusia siapa tahu. Begitulah peribahasa Melayu yang menggambarkan nasib seseorang. Benarlah peribahasa berkenaan apabila kerana kaki, seekor ayam daging yang hampir dipanggang untuk hidangan terselamat. : KitaReporters.com


Dua ekor ayam yang hampir putus nyawa itu terselamat daripada disembelih, malah kini ditempatkan di tempat khas kerana mempunyai empat kaki. 

Ruszilawati Othman, pengusaha ayam daging Felda Seri Jengka 17 di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, dekat Maran, berkata, dia pada mulanya amat terkejut apabila menemukan dua ekor ayam peliharaannya yang mempunyai empat kaki. 

"Memang setiap bulan kami akan membuat program jamuan barbeku (barbeque) ayam melibatkan keluarga dan pekerja bagi mengeratkan silaturahim.

"Saya terkejut apabila pekerja yang ingin menyembelih ayam berkenaan untuk dibuat barbeku memaklumkan dua ekor ayam mempunyai empat kaki dan saya mengambil keputusan tidak menyembelihnya," katanya di Maran pada Isnin, 27 Januari 2020.

Menurutnya, sejak mengusahakan ternakan ayam daging lebih 11 tahun lalu, ini kali pertama dia menemukan ayam yang mempunyai empat kaki.

Katanya, ayam berkenaan berusia 40 hari dan kelihatan sihat serta normal seperti ayam lain.

"Saya tidak sampai hati menyembelih ayam ini dan saya mengambil menempatkannya di reban khas untuk tatapan orang ramai.

"Saya akan  menjaga ayam ini dengan baik dan bersedia mempertimbang menjual sekiranya mendapat tawaran harga berpatutan,"katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penemuan ayam berkenaan telah menarik minat orang ramai sehingga ayam berkenaan hilang selama sehari dipercayai dicuri untuk ritual khurafat kegiatan nombor ekor.

Namun katanya, selepas menawarkan RM100 kepada sesiapa yang menemukannya ayam berkenaan telah dikembalikan keesokan paginya. - KitaReporters.com


 ///

0
2
0
1
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago