Pesona 18 Feb, 2020

TERIMA KASIH MENCINTAI ASHRAF SINCLAIR - AYAH

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
UPACARA pengebumian pelakon Ashraf Sinclair berlangsung dalam suasana hiba di kawasan perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat bermula pukul 4.05 petang waktu tempatan (5.05 waktu Malaysia) pada Selasa, 18 Februari 2020. : KitaReporters.com

Wajah sedih BCL ketika jenazah Ashraf Sinclair dimasukkan ke liang lahad. - Kredit foto: Kompas.com

Ratusan orang menghadiri pengkebumian itu meliputi ahli keluarga, saudara mara, golongan selebriti dan sejumlah petugas media.

Ayah kepada Ashraf Sinclair, Mohamed Anthony John Sinclair turut memberikan ucapan di atas liang lahad selepas Ashraf dikebumikan.

Tasbih tidak lekang dari tangan BCL ketika berada dalam kenderaan jenazah. - Kredit foto: Kompas.com


Bunga Citra Lestari (BCL) yang meletak bunga serta batu nisan, langsung menangis ketika ayah Ashraf Sinclair memberikan ucapan. 

Lebih-lebih lagi ketika ayah Ashraf Sinclair melontarkan ucapan terima kasih telah mencintai anaknya selama ini.

“Terima kasih buat anda semua yang hadir, begitu banyak orang di sini. Bunga (BCL) terima kasih telah mencintai anak saya,” kata ayah Ashraf diiringi esak tangis dari BCL.

Tidak hanya itu, tangisan tIdak terbendung si anak, Noah juga mengiringi kepergian Ashraf Sinclair. BCL terpaksa  menenangkan Noah dan kembali membawanya duduk di kerusi depan liang lahad.

Ashraf Sinclair atau nama penuhnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair meninggal dunia pada jam 4.51 pagi tadi Selasa, 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Jenazah Ashraf telah dibawa ke tanah perkuburan San Diego Hills dari Kuningan, Jakarta Selatan, jam 2.02 petang. 

BCL dan anaknya menaiki van jenazah. Sepanjang perjalanan, kelihatan tasbih tidak lekang dari tangan BCL. 

Sebanyak empat bas membawa anggota keluarga yang diiringi sejumlah motosikal pengiring.

Pada malam ini, diadakan majlis doa selamat di kediaman BCL.

Sementara itu Presiden Joko Widodo (Jokowi) turut memberi karangan bunga, begitu juga dengan Gabenor Jakarta, Anies Baswedan sebagai tanda belasungkawa. - KitaReporters.com 


Kredit gambar: Kompas.com

0
0
10
1
1
You will be interested

[VIDEO] 4 HARI SUKA DUKA BUNGA CITRA LESTARI

Pada 14 Februari 2020, Bunga Citra Lestari (BCL) melancarkan klip video "Menghapus Jejakmu". Empat hari kemudian, dia kehilangan suami dikasihi, Ashraf Sinclair

Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago