Pesona 24 Dec, 2019

YB NAK SUMBANG SEPARUH GAJI KEPADA RAKYAT

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
DIA adalah Ahli Parlimen (MP) England termuda dan kurang dikenali sehinggalah pilihan raya yang baharu lalu. Namun Nadia Whittome, 23, menjadi perbincangan setelah dia mengumumkan akan menyumbangkan sebahagian gajinya kepada komuniti tempatan. : KitaReporters.com

Sedia potong separuh gaji sebagai Ahli Parlimen bagi merasai hidup golongan bawahan. - Foto BBC

Memetik laporan BBC, Nadia menyatakan ia tengah mencari pekerjaan sementara sebelum akhirnya terpilih menjadi MP mewakili Nottingham Timur di kawasan Midlands, England.

Dia berjanji akan hanya mengambil gaji sebanyak £35.000 (sekitar RM190,000) setahun, yang jauh lebih kecil daripada gaji sebenarnya berjumlah £80.000 (RM470,000) setahun.

"Saya berjanji untuk menerima gaji sebesar gaji purata pekerja menurut Pejabat Statistik Nasional, iaitu sekitar £35.000 setahun," katanya.

"Saya akan menyumbangkan bakinya kepada pelbagai kegiatan tempatan seperti lembaga amal, dana sokongan pemogokan buruh, projek akar umbi dan lain-lain yang bekerja keras menghadapi pengetatan belanjawan kerajaan," jelasnya.

Whittome mengatakan keputusan ini bukan soal menjadi seorang dermawan. Namun ini adalah sokongannya terhadap para pekerja sektor awam yang menghadapi pengetatan seiring krisis kewangan di England.

"Ini bukan soal kedermawanan, dan bukan bererti MP tidak layak mendapat jumlah itu. 

"Namun faktanya, pembantu guru, jururawat dan anggota bomba juga berhak mendapat kenaikan gaji," katanya.

"Ketika gaji mereka naik sesuai dengan kerja mereka, maka saya akan ambil penuh gaji saya. Saya harap keputusan ini menyegerakan perundingan tentang gaji mereka dengan lebih pantas," katanya lagi.

Nadia adalah seorang sarjana undang-undang yang pernah bekerja sebagai pembantu mangsa-mangsa diskriminasi dan terpilih sebagai ahli legislatif dari Parti Buruh di daerah pemilihan Nottingham Timur.

Nadia memperjuangkan pekerja bawahan yang hidup dalam kesempitan ekoran gaji minima yang sudah lama tidak dinaiikan. - Foto BBC


Dia menggantikan penyandang sebelumnya, Chris Leslie, yang meninggalkan Parti Buruh untuk membentuk kumpulan politik lain.

Nadia mengaku terkejut dengan pesatnya perubahan yang terjadi.

"Saya tidak percaya bahawa beberapa bulan lalu saya sedang mencari pekerjaan sementara menjelang Krismas, yang upahnya sebesar gaji minimum. 

"Sekarang saya tidak perlu itu lagi kerana pada hari Krismas nanti saya sudah jadi MP," katanya.

Nadia dibesarkan oleh ibu tunggal dan memutuskan untuk masuk ke politik ketika dia masih remaja pada tahun 2013 untuk melawan langkah pengetatan dana awam yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan  krisis kewangan.

"Saya lihat sendiri jiran, keluarga, dan teman-teman berjuang untuk memenuhi keperluan asas, seperti menyediakan makan sehari-hari," ujarnya.

"Di negara-negara Barat, mulai dari New York hingga Nottingham, generasi baru ahli politik dari kelompok radikal progresif kini masuk ke arus perdana.

"Kami kelas pekerja, kami perempuan kulit berwarna, kami faham bagaimana rasanya menjadi pihak yang ditindas dan dieksploitasi dan menjadi korban kejahatan dan kebencian," jelas beliau.

Nadia muncul dalam sebuah program terbitan BBC.

Ketika hasil pilihan raya diumumkan, para pemilih memujinya dalam media sosial. Namun tidak semua orang terkesan dengan langkahnya yang diumumkan itu.

Melanie Onn, yang juga pernah menjadi MP dari Parti Buruh dan kehilangan kerusinya pada pilihan raya kali ini, berkata dengan sinis dalam sebuah catatan: "Ah, mempamerkan kebaikan tampaknya masih laku sekarang ini. Dibayar untuk pekerjaan penting, tampaknya, masih terlalu bagus untuk kelas pekerja".

Namun ketika bercakap dalam sebuah program bual bicara dengan BBC, Whittome menolak tuduhan semacam itu.

"Ini bukan tidak menghargai pekerjaan MP. Menjadi Ahli Parlimen itu pekerjaan fantastik dan penting. Tapi kalau gaji yang diterima anggota bomba, jururawat, dan guru tidak cukup untuk hidup, lantas kenapa harus berbeda dengan MP.

"Tanggapan yang saya terima terhadap hal ini umumnya sangat positif," katanya. - KitaReporters.com

0
0
0
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago