Pesona 21 Jan, 2020

SATU KISAH KANAK-KANAK TERTIDUR DI JALANAN

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

SEBAGAI kanak-kanak mereka ini perlu diberikan perhatian sepenuhnya oleh ibu bapa mereka agar dapat menjadi seorang insan yang berjaya pada masa akan datang dengan memberikan pendidikan yang secukupnya. Kanak-kanak tidak boleh dipaksa untuk mencari nafkah bagi meneruskan kehidupan mereka, kerana tanggungjawab ini bukan perlu digalas oleh mereka, tetapi ibu bapanya. : KitaReporters.com


Baru-baru ini seorang pengguna Facebook membuat perkongsian yang menyedihkan buat kita semua apabila beliau bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki yang dilihat tidur di atas kaki lima kerana berhempas pulas mencari sumber pendapatan untuk keluarganya.

Ikuti catatan beliau, Mohd Najid (https://www.facebook.com/mohd.najid) :

Terlihat seseorang tidur atas lantai

"Jam 11.45 malam, selesai bengkel soalan peperiksaan akhir untuk hari kedua. Semasa melakukan bengkel tadi aku dapati mouse laptop kurang berfungsi. Biasanya bateri lah penyebabnya. Oleh itu sebelum balik ke bilik aku ke 7e ditepi hotel untuk membeli bateri.

Ditepi 7e aku lihat seseorang sedang tidur diatas lantai tanpa beralaskan apa-apa. Disebelahnya selonggok barang kelihatan seperti perfume. Mungkin baru balik dari menjaja barangan. Diperhatikan betul-betul rupanya yang tidur itu hanyalah seorang anak kecil dalam lingkungan 11 atau 12 tahun sahaja.

Kanak-kanak tidur di atas lantai sejuk

Aku selesaikan urusan membeli bateri. Sebelum keluar, kutanyakan pada jurujual tentang anak itu. Katanya anak itu selalu tidur disitu bila penat. Kanak-kanak ini menjual hingga larut malam. Satu perasaan aneh lahir dari nurani ini.

Keluar dari 7e aku seluk poket dan mengejutkan anak yang baru nak melelapkan matanya. Aku kira dia berusaha untuk tidur dengan susah dalam keadaan sejuk lantai mozek tidak beralas dan ditambah dengsn hujan yang baru turun. Aku mengejutkan anak itu dan menghulurkan duit padanya. 


Bukan pemintak sedekah, tapi berniaga

Maaf pakcik, saya tidak minta sedekah. Saya jual barang barang ini dan perlu habiskan sebelum balik ke rumah. Aduh, sedikit manik jernih seakan mahu keluar. Tak apa dik, ambil lah pakcik ikhlas. Tak pe pakcik, kalau pakcik nak tolong, beli lah minyak wangi ini. Jujurnya anak sekecil ini. Lemah rasanya seluruh badan ini. Aku pun membayar sebotol minyak wangi itu.

Menetap di Chow Kit

Rupanya tingkahlaku aku diperhatikan oleh seseorang yang juga baru keluar dr 7e yang sama. Dia menghampiri aku dan anak itu serta bertanya beberapa soalan. Anak itu tinggal di Chow Kit. Aku pun tidaklah bertanya dimana secara tepàtnya. Ayah dan mak sudah berpisah. Ada 3 beradik.

Tak terima duit sedekah

Orang yang baru keluar dari 7e itu pun membayar wang untuk 2 botol minyak wangi. Sebelum dia pergi ditanyakan anak itu. Boleh tak pakcik bagi sedikit duit untuk belanja sekolah adik? Anak itu menggelengkan kepala. Aku cuba meyakinkan anak itu tidak mengapa kalau dia ambik duit untuk belanja sekolah sahaja. Aku seluk poket dan hulurkan pada anak itu. Orang itu pun melakukan perkara yang sama. 

Ya Allah mulia nya hati anak ini. Aku begitu sayu melihat dia. Ya Allah kau mudahkan lah urusan anak ini. Kau jauhkanlah bahaya dan Kau jagalah kesihatan nya. Pasti nya ramai lagi anak-anak yang sebegini keadaannya.

Kepada sesiapa yg berjumpa dgn anak ini dimana2.. bantu lah dia dgn membeli barang jualannya. 

Ayah paksa meniaga

Sebelum bertolak balik, saya ke 7e untuk beli sedikit barang untuk anak-anak. Semasa membayar, saya minta pekerja 7e hari ni tolong tanyakan nombor telefon mak anak itu. ‘Abang tak tahu ke?’ Tanya pekerja tu. ‘Tahu apa?’ Balas saya. Pekerja tu pun bercerita lah.

Dah lama budak tu tidur di tepi 7e ni. Bukan sahaja malam, kadang-kadang siang hari pun ada. Mak dan ayah sudah berpisah. Ayahnya memaksa anak itu menjual macam-macam barang seperti perfume sekarang ni. Ayahnya tak bagi balik rumah selagi tak habis barang dijual. Kalau tak habis memang kena tampar dan pukul.

Semoga anak ini terus kuat untuk memperjuangkan hidupnya. 

Ya Allah, besarnya ujianmu buat anak kecil itu. Semoga ada hamba Allah yang tampil membantu dalam apa jua cara."

Semoga cerita ini memberi sedikit pengajaran dan panduan kepada kita tentang kedudukan anak sebagai amanah daripada Allah SWT. Amanah yang akan ditanya kepada kita pada masa Hari Timbangan nanti. - KitaReporters.com

4
0
7
0
0
You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 4 years ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 4 years ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 4 years ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Uda Ahmad in Pesona 4 years ago