Pesona 14 Feb, 2020

ISTERI YANG BERSALIN, SUAMI TERUJA PENGSAN

@zuhayati yazid
Memulakan kerjaya sebagai wartawan di Utusan Malaysia pada tahun 2007, pernah bertugas di Ibu Pejabat di Jalan Chan Sow Lin dan cawangan Kuala Terengganu selepas menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia.

0

Share this
MOMEN kelahiran sudah pasti menjadi saat yang akan diingati pasangan suami isteri. Bagi yang pertama kali melangkah ke dewan bersalin pasti akan ditemani sang suami sebagai penguat semangat. Tapi bagaimana pula jika si suami adalah seorang yang lemah semangat atau penakut? : KitaReporters.com

KAKITANGAN di dewan bersalin panik selepas suami kepada pesakit tiba-tiba rebah ketika menyambut kelahiran bayi baru mereka. Kredit foto: elitereaders.com


Bagaimana si suami mahu memberikan semangat kepada isteri sedangkan dirinya sendiri dalam ketakutan. 

Itu yang berlaku kepada sepasang suami isteri yang berdepan kisah lucu di dewan bersalin.

Video berkenaan yang menjadi tular selepas  dikongsikan oleh pemilik @worthfeed  pada 6 Februari 2020 dan disaksikan lebih 35,000 pengguna di Instagram.

Memetik momspresso.com, situasi melucukan berlaku angkara terlalu teruja menyambut orang baharu, si suami tersebut pengsan secara tiba-tiba.

SI IBU tersenyum menyaksikan suami yang rebah secara tiba-tiba sambil dibantu oleh kakitangan hospital. - Kredit foto: www.momspresso.com.


Mungkin juga kejadian berkenaan berlaku kerana si suami yang terlalu teruja menyambut anak sulung menyebabkan dia secara tiba-tiba rebah ke lantai sebaik sahaja anak mereka dilahirkan.

Turut kelihatan gambar yang melucukan apabila isterinya yang baharu bergelar ibu berselfie dengan latar belakang suaminya yang pengsan di lantai dewan bersalin berkenaan.

Turut bersama di tempat berkenaan adalah tiga orang kakitangan perubatan yang cuba membantunya.

Malah lebih melucukan, apabila salah seorang kakitangan yang masih memegang si kecil turut membantu mengejutkan si bapa dengan tujuan apabila dia membuka mata terus melihat si kecil berkenaan.

Situasi berkenaan membuatkan si ibu terus tersenyum lebar dalam swafotonya.

Detik berkenaan pasti menjadi kenangan dan sukar untuk dilupakan.

Mana tidaknya kejadian berkenaan berlaku selepas dia selamat melahirkan buah hati baharunya ke dunia, tapi buah hati sedia adanya pula pengsan. KitaReporter.com

You will be interested

BAYI MAUT DALAM KERETA: ELAK KUTUK, BERI DOA

PADA 17 Februari 2020, kita semua digemparkan dengan kematian seorang bayi 9 bulan di dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan

DIBERI AMARAN!! SERONOK YANG BAWA PADAH

Wan Amirul Naim Wan Abdul Ajik, 18, dari Macang, Kelantan lemas selepas mangsa ditarik arus deras ketika mandi manda di pusat perkelahan Lata Kolam, Hulu Besut
Mohammad Ishak in Pesona 1 week ago

[VIDEO] BARANG CURI DISOROK DI DALAM SELUAR

Seorang mak cik 'kantoi' mencuri di sebuah pasar raya. Beliau mencuri banyak barangan premis yang dianggarkan berjumlah RM300, yang disorok di dalam seluarnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Pesona 1 week ago

"ABANG RINDU ABAH"... RINDU SI ANAK SYURGA

Muhammad Nazren Firdaus, atau Abang, seorang anak autisme yang telah kehilangan ayahnya pada April 2019. Setiap Jumaat Abang akan ke pusara untuk berjumpa abah
Roslan Rusly in Pesona 1 week ago

SEDIHNYA! LAGI DOKTOR JADI KORBAN COVID-19

LIU ZHIMING, 50, iaitu Pengarah Hospital Wuhan Wuchang, China menjadi mangsa korban terbaru wabak COVID-19 dalam kalangan petugas perubatan
Fauzan Ahmad in Pesona 1 week ago