Insan & Komuniti 15 Feb, 2020

PEMERGIAN ABAM HUSNUL KHATIMAH – MUFTI WP

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this

PEMERGIAN pelawak terkenal dari kumpulan Bocey, Syed Umar Mokhtar al-Juffrey Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey yang meninggal dunia pada pagi Isnin, 10 Februari 2020 pada usia 32 tahun amat mengejutkan ramai pihak termasuk para peminat. : KitaReporters.com

 

Foto sumber Media Sosial


Apa yang dapat dilihat ialah orang ramai menziarahi dan bersama-sama memberikan penghormatan yang terakhir buat Allahyarham. 

Dapat dilihat hasil perkongsian dalam laman-laman media sosial di mana suasana penuh sewaktu di masjid dan di tanah perkuburan mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham.

Hampir seminggu arwah meninggalkan kita, namun nama beliau masih lagi meniti pada bibir serta mendapat perhatian banyak pihak antaranya dari golongan artis, media, orang ramai bahkan alim ulama. 

Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut  berkongsi hantaran beliau menerusi laman Facebook beliau mengenai pemergian Syed Umar Mokhtar atau Abam.

Perkongsian dari laman Facebook Mufti Wilayah Persekutuan mengenai Abam Bocey di https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/posts/1697081360431836)


Menurut beliau, pemergian Allahyarham Abam sebagai Husnul Khatimah iaitu bila mana kematiannya sentiasa disebut-sebut, itulah petanda kematian dan penamat yang baik (husnul khatimah). 

Melalui hantarannya dalam laman Facebook juga, beliau turut berkongsi dan merujuk sabda Rasulullah: 

“Tidaklah seorang Muslim meninggal kemudian disolatkan jenazahnya oleh 40 orang yang tidak menyekutukan Allah, kecuali Allah mengizinkan mereka memberi syafaat kepadanya (pada Hari Kiamat nanti) .” 

Sebelum ini media, melaporkan dianggarkan 2,000 orang hadir bagi menziarahi Allahyarham buat kali terakhir dan menyempurnakan solat jenazahnya. 

Sumber foto Media Sosial


Tambah beliau juga dengan merujuk sabda Rasulullah : “Seperkara lagi, solat jenazahnya dihadiri oleh ramai orang. Ini jua menunjukkan petanda husnul khatimah.” 

Mufti Wilayah Persekutuan juga turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Abam serta mendoakan agar keluarga Abam diberikan ketabahan menghadapi dugaan tersebut. 

Nukilan tersebut dimuat naik melalui laman sesawang muftiwp.gov.my


“Semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran, khususnya kepada isteri beliau (Siti Nurhidayah Mohd Ali) dalam membesarkan anak yang dikasihi, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.” 

“Mungkin jika satu hari nanti anakanda Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey terbaca nukilan ini, ketahuilah bahawa ayahandamu seorang yang baik dan disenangi semua orang,” katanya. - KitaReporters.com


Untuk membaca nukilan penuh Mufti Wilayah Persekutuan sila klik di pautan yang disediakan :

https://muftiwp.gov.my/ms/sumber/berita/pejabat-mufti-wilayah-persekutuan/4192-qalam-mufti-62-teringat-kata-abam-kita-baik-ramai-sayang?fbclid=IwAR3oV4FHpqlQbZY11LQnKsihAgtW09BqGOYf6a7J7GzfywwqQ_Z1g59o6e4

8
1
1
0
0
You will be interested