Bisnes Korporat 09 Oct, 2019

GAJI KECIL, KENA CUKAI... MANA NAK SIMPAN UNTUK KAHWIN?

@azmah dahari
Simple and classy

Share this

BAGI golongan muda yang baru bekerja, tentunya sukar untuk menyimpan duit daripada wang gaji mereka. Apatah lagi berdepan dengan kos sara hidup yang meningkat serta perbelanjaan harian dan bulanan yang mesti dilunaskan.

Anak-anak muda ini pastinya berfikir bagaimana hendak membuat simpanan untuk berkahwin, membeli rumah satu hari nanti atau menjelaskan pinjaman pendidikan, selain membantu ibu bapa. 

Sehubungan itu, kerajaan disaran agar memberi pelepasan cukai kepada golongan belia dan beliawanis yang berusia 28 tahun ke bawah bermula tahun ini.

Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah berpendapat, sebagai golongan belia dan beliawanis yang baru mahu memulakan kerjaya, membuat simpanan kewangan untuk mendirikan perkahwinan, membeli kenderaan dan rumah serta membayar pinjaman pelajaran, agak sukar jika mereka menghadapi tekanan bayaran cukai juga.

Maka beliau mencadangkan, golongan belia dan beliawanis ini harus diberi pelepasan cukai bagi meringankan beban mereka untuk memulakan kehidupan.

Tambahnya, dengan kekangan ekonomi sekarang, golongan muda ini harus diberi ruang dan peluang untuk memulakan kehidupan yang baik kerana pendapatan mereka masih pada tahap rendah tetapi mereka mempunyai komitmen yang tinggi.

“Dengan kekangan pendapatan yang rendah dan kenaikan gaji setiap tahun yang kecil, golongan muda ini tergolong dalam kumpulan sederhana yang membayar bayaran cukai berlebihan dan tidak sepatutnya,” tegas beliau lagi.

Malaysia mungkin boleh mencontohi negara-negara luar yang memberi pengecualian cukai kepada golongan muda.

Sebelum ini, kata Murugiah, kerajaan Barisan Nasional pernah bercadang untuk memberi pelepasan bagi golongan muda ini, namun tidak dapat dilaksanakan selepas peralihan kuasa.

Sehubungan itu, kita memohon untuk pihak kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan ini semula, ujarnya lagi.

2
0
0
0
0
You will be interested

MAI.. MAI.. SHOPPING DI MALAKAT MALL, BUKA TAHUN DEPAN

PEMBUKAAN pusat beli-belah dengan jenama Malakat Mall akan memasarkan produk Bumiputera di sekitar Lembah Klang bermula awal tahun depan

Samadi Ahmad in Bisnes Korporat 2 years ago

ANDA PEMAIN INDUSTRI HALAL? JOM KE MIHAS

MIHAS pameran perdagangan halal terbesar di dunia ini akan berlangsung dari 3 hingga 6 April 2020 bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC)
Fariza Saidin in Bisnes Korporat 2 years ago

MAHU BINA EKONOMI SENDIRI DI BUMI MILIK ORANG LAIN?

Tajuk kongres diadakan itu adalah "Pengguna Pemilik Ekonomi” berlangsung pada 10 Oktober lalu di Auditorium Brainy Bunch, Putrajaya.
Samadi Ahmad in Bisnes Korporat 2 years ago

BIJAK.. BIJAK.. YAYASAN PENERAJU AND AAT SMART PARTNERSHIP

Association of Accounting Technicians (AAT) announced a significant training collaboration with Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju).
Gamal Nasir Mohd Ali in Bisnes Korporat 2 years ago

TERBAIKLAH! ZAINAL MAHU 'MARTABATKAN' PAKAIAN BUNDLE

Zainal Othman mahu memartabatkan pakaian terpakai dengan mengangkatnya lebih tinggi kerana ia mempunyai peminat tersendiri dan setaraf dengan barang baharu
Samadi Ahmad in Bisnes Korporat 2 years ago