Kampus & Pendidikan 16 Jan, 2021

Program Hero Komuniti Perdana! Sukarelawan UniSZA turun padang bantu mangsa banjir di Kemaman

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

PROGRAM Hero Komuniti Perdana, yang ditubuhkan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu sebagai satu inisiatif untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dengan disertai mahasiswa universiti tersebut, mula menggerakkan jenteranya untuk membantu komuniti. : KitaReporters


Hero Komuniti UniSZA bergotong royong membersih rumah mangsa banjir di Kemaman


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan UniSZA:

https://kitareporters.com/search?search=unisza


Mereka terdiri daripada 1,500 pelajar yang menjadi sukarelawan bersedia pada bila-bila masa untuk turun padang menjalankan aktiviti kemasyarakatan di lapangan 

Terbaharu, pada 13 Januari 2021, seramai  80 sukarelawan dari UniSZA turun ke lapangan untuk menyertai operasi pascabanjir di Daerah Kemaman yang dilanda musibah banjir besar itu. 


Sularelawan Hero Komuniti UniSZA turun padang membantu bersih rumah yang ditengelami banjir di Kemaman


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berkata, tumpuan utama misi membabitkan staf dan pelajar itu adalah membersih dan membaiki kediaman penduduk yang rosak akibat banjir. 

Katanya, sempena program itu sebanyak 25 buah rumah, tadika, balai raya serta surau telah dibersihkan oleh sukarelawan UniSZA dalam masa satu hari. 


Prof Dr Mohd Afandi Salleh


"Penduduk kampung juga turun padang membantu sukarelawan ini selain dapat mengeratkan silaturrahim," katanya.

Beliau berkata, misi itu akan turut dilaksanakan di beberapa negeri lain yang dilanda banjir antaranya Johor, Perak, Pahang dan Kelantan. 


Sukarelawan Hero Komuniti UniSZA membaiki alat perabut yang rosak ditengelami banjir


"Kita sudah pun ada pasukan Hero Komuniti di setiap negeri terbabit dan insya-Allah mereka akan melaksanakan misi masing-masing dengan membersih rumah yang dilanda banjir selain memberi sumbangan bantuan keperluan asas," katanya, 

Setakat ini,katanya, pihaknya  sudah ada beberapa tempat yang telah melaksanakan misi tersebut walaupun tanpa peralatan dan pengangkutan yang cukup tapi mereka tetap meneruskan misi berkenaan dengan jayanya.


Peserta sukarelawan UniSZA bergotong royong mencuci mesin basuh milik seorang mangsa banjir di Kemaman yang ditengelami banjir


Beliau berkata,selain melaksanakan misi masing-masing dengan membersih rumah yang dilanda banjir, mereka akan turut menyalurkan sumbangan bantuan keperluan asas. 

Program Hero Komuniti Perdana UniSZA bukan sahaja menjalankan kerja kesukarelawan di Malaysia, malah mereka turut berada  di luar negara  termasuk Indonesia, Thailand, Kemboja, Nigeria, Mauritius dan Palestin. - KitaReporters

0
0
0
1
0
You will be interested