Menara Gading 26 Nov, 2021

Alhamdulillah! 4,000 mahasiswa B40 UMT dapat manfaat Food@Campus! Inisiatif KPT ringankan beban!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) tidak ketinggalan dalam usaha membantu golongan pelajar kurang berkemampuan apabila pelbagai inisiatif dilakukan terutama sepanjang tempoh pandemik COVID-19. 


NASIB mahasiswa daripada keluarga B40 yang sedang meneruskan pengajian di universiti tempatan dan dikategorikan sebagai kurang berkemampuan terus mendapat perhatian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan menawarkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban hidup yang dihadapi pelajar terbabit.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) juga tidak ketinggalan dalam usaha membantu golongan mahasiswa berkenaan apabila pelbagai inisiatif dilakukan terutama sepanjang tempoh pandemik COVID-19.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan UMT


Seorang penuntut UMT menerima baucar dari Prof Dr Mazlan.


Terbaharu, UMT memberikan baucar makanan ‘Food@Campus’ hasil inisiatif KPT yang menyasarkan golongan B40 sebagai tanda keprihatinan pihak berkepentingan terhadap golongan yang kurang berkemampuan.

Menerusi program tersebut kira-kira 4,000 mahasiswa UMT telah disenaraikan sebagai penerima bantuan berbentuk tunai.

Sumbangan itu direalisasikan bagi memenuhi hasrat KPT Prihatin, UMT Prihatin dan HEPA Cakna serta sebagai pengukur Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi mengurangkan beban mahasiswa universiti yang terkesan akibat pendemik COVID-19.


Prof Dr Mazlan Abd Ghafar berkata mahasiswa yang terdiri daripada keluarga B40 tidak akan dibiarkan dan terus menjadi tanggungjawab pihak universiti sepanjang berada di kampus.


Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, pelbagai bentuk sumbangan telah disalurkan kepada mahasiswa terutama golongan B40.

Pada Khamis 25 November 2021 lalu, UMT telah menyalurkan sumbangan bernilai RM100,050 dan menjadikan jumlah keseluruhan lebih RM558,000 telah digunakan bagi menjayakan program berkenaan.

Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Hafiz Zakariya, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta pegawai-pegawai kanan UMT.


Universiti Malaysia Terengganu turut tidak ketinggalan membantu mahasiswanya yang kekurangan untuk berada dalam keadaan selesa sepanjang berada di kampus


Beliau turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua penyumbang, penaja dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, NGO dan individu yang berhati mulia.

“Antara bantuan yang telah diberikan seperti Bantuan Khas COVID-19, Bantuan Kemudahan Pembelajaran seperti komputer riba dan pelan data Internet, Bantuan Makanan Percuma melalui program AOK dan Gerobok Rezeki, Bantuan Khairat Kematian, talian e-Kaunseling dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan, Khamis 25 November 2021. - KitaReporters 


Dr Mazlan menyampaikan baucar kepada mahasiswa pelajar UMT yang terlibat dengan  program Baucer Makanan@kampus

10
6
1
14
0
You will be interested

110 pelajar baharu UUMKL! Ikuti taklimat pendaftaran online! Termasuk 10 pelajar antarabangsa!

110 pelajar baharu semester DC212 yang terima tawaran pengajian di UUM Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) telah ikuti taklimat pendaftaran secara dalam talian (online)

Corp Comm UUM in Menara Gading 3 weeks ago

UPM terus cemerlang! Arca 50 tahun dibina! Portal AIS dibangun! Buggy Putrabiz@alumni dilancar!

UPM lancar tiga program iaitu Pelancaran Arca 50 Tahun UPM, Sistem Maklumat Alumni (AIS) dan Buggy Putrabiz@Alumni sebagai bukti kecekalan untuk terus cemerlang
Zul Akmar Jamaludin in Menara Gading 4 days ago

Konvokesyen UniSZA ke-12! Bersemuka, patuh SOP di Gong Badak! 5 hari, 10 sidang, 3,345 graduan!

Seramai 3,345 penuntut UniSZA bagi tahun 2020 akan sertai Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Kali ke-12 secara bersemuka selama 5 hari bermula 23 hingga 27 Jan 2022
Mohammad Ishak in Menara Gading 6 days ago

Tahniah Dr Haim Hilman! Dilantik sebagai Naib Canselor baharu UUM! Berkuat kuasa 17 Jan 2022!

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah dilantik jadi Naib Canselor UUM yang baharu berkuat kuasa mulai 17 Jan 2022
News Editor 2 in Menara Gading 1 week ago

Keluarga Malaysia: UTeM turun padang! Jayakan misi bantuan pascabanjir di Mentakab, Gemencheh!

UTeM gerakkan 50 sukarelawan terdiri daripada 40 mahasiswa 10 kakitangan bagi operasi pembersihan pascabanjir di Mentakab, Pahang dan Gemencheh, Negeri Sembilan
Roslan Rusly in Menara Gading 2 weeks ago