Masyarakat 31 Oct, 2019

BERSATU DUA HATI, SAYANG SAMPAI KE MATI??

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel: normalahamzah251@gmail.com

Share this
ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera.

Kongsi minda, bersih jiwa.


Renungan

Indahnya perkahwinan

Amanah dari Allah

Tanda Kasih, penyatuan dua hati.

Cantiknya seorang isteri bila cantik juga luaran dan dalamannya. Hebatnya seorang suami bila dengan ikhlas melaksanakan tanggungjawab dan kewajipannya terhadap isteri dan rumah tangga.

Rumah tangga bukan sekadar cinta dan kasih sayang tetapi amanah dari Allah di mana suami isteri mestilah mempunyai hubungan dan pergaulan yang baik dan harmoni serta saling kasih mengasihi.

Kenapa lelaki itu yang dipilih sebagai suami?

Mesti ada keistimewaannya kan?

Hanya kita sebagai pasangan yang tahu hati budi mereka.

Saling percaya mempercayai menjadi antara sikap yang perlu ada antara suami isteri supaya keharmonian di dalam hidup berumah tangga terjamin.

Jika tidak macam-macam masalah akan timbul.

Banyak duka dari gembira.


Kalau masa bercinta kita faham sikapnya, setelah hidup bersama mesti lebih faham kerana faham memahami antara satu sama lain adalah sikap yang perlu ada pada diri setiap pasangan suami isteri.

Ada isteri masa bercinta lain, setelah berkahwin lagi banyak lainnya. Kenapa dan mengapa? Adakah suami tidak dapat mengawal isteri?

Jawapannya ada pada diri masing-masing.

Sikap ego melonjak rasa hebat dan tidak mahu mengalah. Lalu bermulalah episod bertegang urat dalam rumah tangga.

Mula menuding jari....

Aku betul, kamu salah.

Sedang kedua-duanya buat silap dengan mengetepikan amanah Allah.

Di mana tanggungjawab sebagai suami isteri.

Di mana ikrar dan janji.


Ingatlah...

Isteri bukan orang gaji

Suami pula bukan tuan

Kedua-duanya adalah ketua dan pengurus (isteri) dalam rumah tangga.

Pincangnya rumah tangga dan kehidupan berkeluarga disebabkan kelemahan ketua dan pengurusnya (isteri)

Hancurnya sebuah perkahwinan bila kesetiaan tercalar. 

Musnahnya cinta dan kasih bila salah seorang menduakannya dan melupakan amanah Allah.

Bahagia rumah tangga kerana setia...

Kerana tahu tanggungjawab.

Kerana saling lengkap melengkapi

Kerana sayang sampai ke mati

Kerana iman sarat di hati

Dan yang cantiknya bila pasangam yang dipilih kerana Allah Taala bukan kerana harta.


❤️🌹 Perkahwinan satu perkongsian, bertimbang rasa dan bertolak ansur. Cinta selagi daya, bahagia biar sampai ke syurga. ❤️🌹



2
0
0
0
0
You will be interested

AYAH! INI MOTOSIKAL BAHARU UNTUK AYAH..

Muhammad Faez Mohd Razali menghadiahkan sebuah motosikal baharu sebagai kejutan sempena hari jadi ayahnya, Mohd Razali Abdul Rahman baru-baru ini

Samadi Ahmad in Masyarakat 4 years ago

KERANA TAKWA, YAYASAN TAQWA BANTU SEMUA

Seramai 400 orang murid dan pelajar berbilang kaum dari Parlimen Temerloh menerima sumbangan kelengkapan persekolahan pada Program Jom Ke Sekolah 2020 dari Yayasan Taqwa
Rashid Rahman in Masyarakat 4 years ago

TERBAIKLAH IRM! BERUSAHA CERIAKAN PELAJAR

Objektif program tahunan "Cheer to School" IRM bagi membantu meringankan beban golongan rentan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan
Editor 1 in Masyarakat 4 years ago

PERTEMUAN 15 TAHUN DI AWAN BIRU BERULANG

SEORANG lelaki tidak menyangka pramugari yang pernah ditemui di dalam pesawat 15 tahun lalu akhirnya menjadi rakan sekerja dan mentor kepadanya
Yati Yazid in Masyarakat 4 years ago

PELAJAR SERI PUTERI MENANG DEBAT DI AMERIKA

Sekolah Seri Puteri (SSP), Cyberjaya berjaya meraih 13 pingat emas dan 15 perak pada Tournament Of Champions World Scholar's (TOC) 2019 di Universiti Yale, New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat
Samadi Ahmad in Masyarakat 4 years ago