Kartun Komik 10 Oct, 2021

Semut Api| Pandelela dapat Datuk, Shalin bila lagi? Harimau Malaya jadi lauk, puas hati netizen?

@rodli nayan @ rodly fadly
Berpengalaman hampir 40 tahun dalam bidang kewartawanan, antaranya sebagai pengarang majalah Arena Bolasepak, Mingguan Sukan dan Bola Perdana, juga bertugas sepenuh masa serta sambilan bersama Berita Harian, Harian Metro, Mingguan Perdana dan Sinar

Share this


Salam perkenalan

‘ENJIT-ENJIT SEMUT’ bersama Semut Api muncul buat pertama kali untuk ‘menggigit’ personaliti dan peminat sukan terutama mengenai isu-isu yang sedang diperkatakan.

Tapi, jangan bimbang, gigitan Semut Api tidak mencederakan, sekadar rasa gatal sikit-sikit. Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas.

Selamat membaca.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan


Pandelela membawa pelbagai kejayaan kepada negara.


PANDELELA TERLALU MUDA UNTUK GELARAN DATUK?

Semut Api ingin mengucapkan tahniah kepada ratu sukan terjun negara, Pandelela Rinong Pamg yang dianugerahkan darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, pada Sabtu, 9 Oktober, 2021.

Pada Semut Api, anugerah itu memang selayaknya diterima oleh Pandelela berdasarkan sumbangannya kepada sukan negara selama lebih satu dekad malah memenangi pelbagai kejohanan antarabangsa.

Antara pencapaian terbaik Pandelela adalah pingat perak Sukan Olimpik 2016 dan pingat emas Kejohanan Terjun Dunia FINA di Tokyo, Mei 2021 lalu.

Walaupun sebelum ini Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyatakan atlet berkenaan terlalu muda untuk diberikan gelaran itu namun ternyata ia pandangan yang dangkal.

Pada Semut Api, muda atau tua bukanlah kriteria yang perlu dilihat kerana yang penting adalah sumbangannya kepada negara. Tak kan kita nak tunggu dia bersara atau sudah meninggal dunia, baru kita hendak menghargai sebagaimana berlaku ke atas Seniman Agung Tan Sri P Ramlee.

Bagi Semut Api, penganugerahan pingat kebesaran itu bukan sahaja satu penghargaan namun mampu menjadi suntikan semangat kepada atlet untuk melakukan yang lebih baik.

Semut Api: Hanya layak dapat gelaran ‘Atuk’.

 

Shalin mewakili negara selama tiga dekad. Kredit foto: MSN


BILA PULA SHALIN NAK DIANUGERAH DATUK?

Melihat Pandelela Rinong mendapat anugerah Datuk, Semut Api lantas teringat kepada ratu bowling negara, Shalin Zulkifli.

Bukan niat Semut Api hendak melakukan provokasi atau cuba mencetuskan isu namun jauh di lubuk hati Semut Api berasa agak terkilan apabila Shalin yang mengumumkan persaraannya daripada mewakili negara pada awal tahun 2021 lalu, sehingga kini belum dianugerahkan gelaran berkenaan.

Semut Api sendiri berasa pelik bin ajaib apabila mengenangkan perkara ini kerana jika dinilai pembabitan serta kecemerlangan Shalin dalam sukan bowling, dia sudah selayaknya dianugerahkan pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk.

Setakat ini, Shalin pernah dianugerah pingat kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) pada 1995 dan Kesatria Mangku Negara (KMN) pada 2001.

Bayangkan, selama tiga dekad Shalin memerah keringatnya untuk negara malah lima kali dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan (1994, 1996, 1997, 2001 dan 2002) serta deretan pingat kemenangan termasuk tiga kali juara dunia, namun ia seolah-olah tidak dipandang walau pun sebelah mata. Sedih kan!

Maaf, tidak terlintas di hati Semut Api hendak mempertikaikan namun kalau kita boleh menghargai individu seperti Shah Rukh Khan dengan gelaran Datuk, mengapa sukar sangat untuk kita menghargai Shalin yang lebih banyak jasanya kepada negara berbanding SRK!

Semut Api difahamkan Shalin layak dipertimbangkan untuk penganugerahan itu jika namanya dikemukakan oleh Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) atau Majlis Sukan Negara (MSN) kepada pejabat menteri besar sesebuah negeri.

Persoalannya, apakah kedua-dua badan sukan ini tidak mengemukakan nama Shalin untuk dipertimbangkan bagi gelaran Datuk? Kalau ya, mengapa?

Semut Api: Dah tak layak jadi calon menantu!


Skuad Harimau Malaya yang mengadakan dua perlawanan persahabatan di Amman, Jordan. - Kredit foto: FAM


HARIMAU MALAYA JADI 'LAUK', PUASLAH HATI NETIZEN!

Semut Api tidak terkejut atau terkena serangan jantung apabila skuad bola sepak negara dibelasah 4-0 oleh Jordan dan tewas 1-5 kepada Uzbekistan pada aksi perlawanan persahabatan antarabangsa di Amman, Jordan

Semut Api dah agak, dengan ramai muka baharu dibawa oleh Tan Cheng Hoe, Harimau Malaya akan dijadikan ‘lauk’ oleh Jordan dan Uzbekistan.

Semut Api rasa Cheng Hoe sendiri tidak terlalu kecewa dengan kekalahan itu sebaliknya mungkin tersenyum kerana dapat membuktikan sesuatu kepada penyokong.

Ini kerana selepas kegagalan pada kelayakan Piala Dunia 2022 di Dubai, Jun lalu, jurulatih itu menerima kritikan hebat daripada penyokong. Antaranya, mereka mempertikaikan pemilihan pemain yang dibuatnya.

Ramai tentera siber atau netizen mempersoalkan pemilihan beberapa pemain yang kurang minit permainan sebaliknya Cheng Hoe mengetepikan beberapa pemain yang mereka anggap lebih layak diberi peluang menyarung jersi Harimau Malaya.

Justeru, untuk perlawanan persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan di Amman ini, Cheng Hoe merehatkan beberapa orang pemain regular seperti Farizal Marlias, Cobin Ong, Matthew Davies, Safawi Rasid serta dua pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh dan Liridon Krasniqi.

Sebaliknya, beliau memberi peluang kepada muka-muka baharu seperti Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar, Mohamad Hakimi Abdullah, Quentin Cheng Jiun Ho,Mohamad Al Hafiz Harun dan Kalamullah Al Hafiz Md Rowi.

Ternyata percaturan itu memakan diri apabila skuad ‘pilihan netizen’ diperbudak-budakkan serta menjadi mangsa belasahan Jordan dan Uzbekistan.

Namun, seperti Semut Api katakan, Cheng Hoe pasti puas kerana sudah dapat memenuhi kehendak penyokong dan menunjukkan kepada mereka hasilnya.

Semut Api pun nak tumpang senyum dan nak tanya, sekarang sudah puaskah hati netizen?

Semut Api: Layak wakil team otai. - KitaReporters

10
10
0
16
0
You will be interested

Siri Komik Seramistik | Lelaki tua muncul dalam hujan! Jelmaan Tok Kudin cetus misteri! Episod 2

Sebilah keris pusaka bawa 1001 misteri sejak ia dimiliki. Pelbagai keanehan berlaku sehingga ganggu kehidupan Lokman. Apakah puncanya? - Siri Komik Seramistik

Komik Seramistik| Bayangan Tok Kudin, ular mengganggu! Pedamping keris haus darah! | Episod 4

Sebilah keris pusaka bawa 1001 misteri sejak ia dimiliki. Pelbagai keanehan berlaku sehingga ganggu kehidupan Lokman. Apakah puncanya? - Siri Komik Seramistik
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Kartun Komik 3 days ago

Kartun Sembang Sumbang| Boleh rentas negeri bukan emak ayah dicari! Langkawi juga destinasinya!

Kartun Sembang Sumbang| Boleh rentas negeri bukan emak ayah dicari! Langkawi juga destinasinya!
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Kartun Komik 5 days ago

Kartun Sembang Sumbang| Ambil vaksin dijamin tak mati ke? Tak ambil vaksin dijamin tak mati ke?

Kartun Sembang Sumbang| Ambil vaksin dijamin tak mati ke? Tak ambil vaksin dijamin tak mati ke?
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Kartun Komik 1 week ago

Siri Komik Seramistik| Ular menjelma jadi Tok Kudin! Laungan azan jadi pelindung diri! Episod 3

Sebilah keris pusaka bawa 1001 misteri sejak ia dimiliki. Pelbagai keanehan berlaku sehingga ganggu kehidupan Lokman. Apakah puncanya? - Siri Komik Seramistik
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Kartun Komik 1 week ago