Kisah Insan 24 May, 2021

Video| Demimu Palestin! Pensyarah derma motosikal untuk dilelong! Nak guna basikal selepas ni!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

SEMAKIN ramai penduduk di seluruh dunia yang menaruh rasa simpati atas penderitaan rakyat Palestin yang terus cuba dihancurkan oleh rejim aparteid Zionis Israel. Pelbagai sumbangan dihulur oleh masyarakat dunia. 

Di Indonesia, pelbagai badan bukan kerajaan (NGO), menjalankan usaha mengumpul dana untuk membantu penderitaan rakyat Palestin. 

Pada Jumaat, 21 Mei 2021, satu majlis pungutan dana bagi rakyat Palestin diadakan di kompleks Masjid Al Jihad Medan, Sumatera Utara. Kutipan derma diadakan selama sebulan di masjid itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Palestin

Pensyarah yang enggan dikenali (dua dari kiri) menyerahkan motosikalnya (depan) untuk dilelong demi rakyat Palestin. Kredit foto: ANTARA

Ratusan umat Islam menghulurkan sumbangan, namun kesemuanya menghulurkan sumbangan wang.

Tetapi bentuk sumbangan yang berbeza datang daripada seorang insan. Seorang pensyarah sebuah pusat pengajian di Medan, Sumatera Utara yang hanya mahu dikenali sebagai Hamba Allah bergegas datang ke masjid itu setelah mendengar berita itu dalam Internet pada sebelah pagi.

Dia menyerahkan sebuah motosikal kegunaan hariannya jenis Honda N-Max warna biru serta dokumennya untuk dilelong. Hasil kutipan diserah kepada rakyat Palestin.

Menurut pensyarah itu, demi Palestin dia rela melelong motosikalnya dan akan membeli basikal untuk kegiatan harian termasuk pergi dan pulang mengajar.

Majlis penyerahan itu disaksi Ahli jawatankuasa Kutipan Dana Untuk Palestin yang juga Koordinator Kutipan Dana untuk Palestin, Rony Rezkita Siregar menyatakan majlis lelong akan diadakan pada masa terdekat.

Rony berkata motosikal itu adalah sumbangan terbesar pada Jumaat pertama sumbangan dibuka. DIa berharap sumbangan bermakna akan terus diperoleh dalam tempoh sebulan acara berlangsung.

Dia berharap dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk disumbang kepada rakyat Palestin yang menderita sepanjang sebulan majlis sumbangan diadakan.

Presiden Salimah, Etty Praktiknyowati (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan amal kepada Palestin secara virtual. Kredit foto: Tribun Medan

Sementara itu pada hari yang sama, Jumaat, 21 Mei 2021, sebuah kumpulan wanita dikenali sebagai Persaudaraan Muslimah (Salimah) menyerahkan bantuan dana sebanyak Rp1 Miliar (kira-kira RM300 ribu) untuk rakyat Palestin.  Sumbangan dikutip daripada seluruh anggota persaudaraan itu di Indonesia.

Penyerahan sumbangan dilaku secara simbolik oleh Presiden Salimah, Etty Praktiknyowati, dalam majlis yang diadakan secara virtual  pada Jumaat, 21 Mei 2021. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Tolong kami! Bantu Afghanistan! GPM, MVM seru hulur lebih banyak bantuan! Musim sejuk nak tiba!

Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) terpanggil bantu ringan beban dan berjaya agih 60 tan makanan asas kepada 5,000 orang.

Zuhayati Yazid in Kisah Insan 4 days ago

BERNAS agih 3,000 pek barangan keperluan! Kepada golongan terkesan dan petugas barisan hadapan!

BERNAS tampil bantu komuniti terkesan, anggota barisan hadapan seperti polis dengan sediakan sumbangan barangan keperluan bagi meringankan beban ketika COVID-19
Mohammad Ishak in Kisah Insan 1 day ago

Perjuangan Anita Yusop! Lawan penyakit tumor otak! Teruskan kembara prihatin Anita Bikers Club!

Di sebalik usaha berterusannya bantu mereka kurang bernasib baik melalui kembara prihatin Anita Bikers Club, Anita Yusop bergelut melawan penyakit tumor otak
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Kisah Insan 2 days ago

Jadi negara tua: Biro Warga Emas perlu diwujudkan! Lindungi hak mereka! Demi jamin masa depan!

SEBAGAI persiapan negara menjadi 'negara tua' dalam tempoh kurang 10 tahun ini, perisai penting dalam memelihara kebajikan golongan itu perlu diutamakan.
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 2 days ago

Pelajar berfoto bersama ijazah di pusara bapa! Lihat papa! Aku miliki ijazah sama macam papa!

Tular foto Nadhifa Laudza Shabrina junjung ijazah sarjana mudanya di pusara bapa pada Okt 2021 sebagaimana dia junjung ijazah sarjana arwah bapa pada Okt 2009
Adnan Mohamad in Kisah Insan 4 days ago