Bayi lelaki itu dinamakan dengan nama yang unik selepas bapanya bernazar sekiranya dikurniakan anak lelaki. - Kredit Foto Kosmo!
SEPASANG suami isteri di Jawa Tengah, Indonesia sepakat meletakkan nama anak lelaki kedua mereka dengan nama Dinas Komunikasi Informasi Statistik sempena nama tempat kerja bapa kanak-kanak berkenaan.
Kedua-dua orang tua bayi berkenaan, Slamet Wahyudi, 38, dan Linda Tunggal Sari, 33, telah bernazar meletak nama unik kepada anak keduanya sempena tempat dia mencari rezeki.
“Semasa isteri saya disahkan hamil, saya sudah
bernazar mahu meletakkan nama tempat saya bekerja di pejabat daerah iaitu
Dinas (Perkhidmatan) Komunikasi Informasi Statistik jika dikurniakan anak lelaki.
“Nama panggilan anak saya ialah Dinko dan dia
dilahirkan pada 23 Disember tahun lalu (2020),” katanya yang dipetik oleh Suara.com.
Tambah Slamet yang sudah bekerja di pejabat itu sejak
2003, pilihan namanya itu direstui isteri namun tidak disenangi orang
tuanya sehingga dia menyakinkan nama berkenaan.
“Isteri cuma tanya adakah saya yakin dengan nama itu
dan saya beritahu ya lalu terus daftarkan,” ujarnya yang memanggil anaknya
dengan nama Dinko.
Malah pasanagan itu berharap anak yang memiliki nama
unik itu menjadi anak yang soleh dan dapat berbakti kepada orang tuanya di masa
depan. - KitaReporters