Kisah Insan 22 Mar, 2020

JEMPUTAN 1,300, TETAPI HANYA 10 DIBENAR HADIR

@abdul rashid abdul rahman
Memulakan kerjaya sebagai Wartawan Utusan Malaysia sejak Jun 2006 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Sabah dan Pahang.

Share this

Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan dan ada hikmah di sebalik setiap kejadian.  Meskipun merancang mengadakan majlis perkahwinan di Kampung Baru di Bentong, Pahang pada Sabtu, 21 Mac 2020  dengan jemputan seramai 1,300 tetapi hanya 10 orang yang  hadir dan tanpa saudara mara. KitaReporters.com

Kad perkahwinan yang telah diedarkan untuk perkahwinan Nursyhuhada Mohamad Khazeri dengan Fahmy Rosdy di Villa de Grand Singgahsana di Kampung Baru, Bentong, Pahang.


Mohamad Khazeri Hashim, 51, berkata, meskipun hanya 10 orang yang hadir pada hari bermakna perkahwinan anak sulungnya itu tetapi dia bersyukur kerana ia berjalan dengan lancar. 

Malah katanya, kelainan berkenaan termasuklah fokus kepada aspek kesihatan seperti penggunaan sanitizer dan sebagainya memberikan majlis itu lebih bermakna dan diingati.    

Mohamad Khazeri meletakkan 'sanitizer' pada tangan pengantin lelaki sebagai langkah pencegahan wabak COVID-19.


"Alhamdulillah, walaupun hanya 10 orang, dalam masa 10 minit, adik beradik menghadiri, tiada saudara mara, sahabat-sahabat dan rakan-rakan. 

"Majlis akad nikah anak saya berjalan dengan lancar dan menjadi kenangan selamanya, kenangan buat pengantin dan keluarga," katanya kepada KitaReporters di Bentong, pada Ahad, 23 Mac 2020.

Menurutnya dia dan isterinya, Jamilah Zakaria, 46, merancang mengadakan majlis perkahwinan anak sulungnya, Nursyuhada dan pasangannya Fahmy Rosdy pada Sabtu, 21 Mac 2020, di Villa De Grand Singgahsana di Kampung Baru Bentong.

Katanya, susulan Perintah Kawalan Pergerakan ekoran wabak COVID-19 majlis berkenaan tidak dapat dilaksanakan dan dia juga telah memaklumkan kepada semua jemputan selain daripada membatalkan tempahan katering.

Mohamad Khazeri menuang 'sanitizer' ke tangan hadirin yang hadir termasuk saksi nikah. 


Katanya, majlis pernikahan yang mendapat kebenaran pihak polis dilaksanakan hanya 10 minit dengan kehadiran hanya 10 orang termasuk kadi, imam Azahari Zailani.

Katanya, majlis itu juga amat berlainan kerana begitu mengutamakan kebersihan dengan penggunaan 'sanitizer' kepada semua yang hadir. 

"Keluarga pengantin lelaki dari Juaseh, Negeri Sembilan hanya tiga orang dibolehkan datang, apabila tok kadi dan saksi sampai terus isi dan tandangan borang kahwin dan akad nikah dilakukan. 

"Saya berasa bersyukur kepada Allah kerana dipermudahkan dalam keadaan darurat seperti ini. 

"Terima kasih juga kepada Ketua Polis Daerah, Superintenden Yusof Unis yang membenarkan pengeluaran permit," katanya.

Majlis akad nikah berlangsung dengan lancar dan baik, walaupun dihadiri 10 orang.

Sementara itu, Nursyuhada Mohamad Khazeri berkata, meskipun hanya dihadiri 10 orang majlis berkenaan amat bermakna sekali dan dia tetap gembira kerana dipermudahkan akad nikah.

Katanya, majlis seperti ini tentu sekali berbeza dengan orang lain dan akan menjadi kenangan seumur hidup dan sejarah hingga ke anak cucu.

"Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada ibu ayah kerana membuat segala persediaan dan perancangan yang terbaik," ujarnya.

Pengantin lelaki dan perempuan bergambar bersama ibu dan bapa masing-masing selepas majlis akad nikah.

Nursyuhada Mohamed Khazeri dan pasangannya Fahmy Rosdy gembira selepas selesai majlis akad nikah pada 21 Mac 2020.

You will be interested

Syabas Nur Wadihan! Kanak-kanak Celebral Palsy tawan Fraser!

Wira Sudepja Rabu adalah antara 'wira' yang sedang berjuang demi memberi bahagia untuk puterinya, Nur Wadihan, seorang pesakit Celebral Palsy (Palsi Serebrum)

Anak yatim Lipis dibantu! Sumbangan van sekolah, wang zakat

Van sekolah disumbang Ko-Makmur dan Makmur Gold, manakala Rural Capital Bhd, sebuah syarikat di bawah Mara turut menyumbangkan wang zakat dan sumbangan RM11,000
Haris Fadilah Ahmad in Kisah Insan 2 hours ago

Zulkarnain Hassan meninggal dunia! Pengulas sukan disegani!

Tokoh penyiaran dan pengulas sukan yang dihormati, Zulkarnain Hassan meninggal dunia 11 pagi Khamis 1 Oktober 2020. Kehilangan besar bagi bidang sukan penyiaran
Editor KitaReporters in Kisah Insan 12 hours ago

Bilik seluas 20 kaki je! Jadikan tempat berteduh warga emas!

Seorang lelaki berusia 60 tahun di Hong Kong terpaksa menumpang teduh di sebuah bilik kecil seluas hanya 20 kaki persegi dengan bayaran sewa yang terlalu tinggi
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 14 hours ago

Jual murah ikan! Ilias Johan berniaga ikan sambil bersedekah

Mula berniaga 12 tahun lalu, Mohammad Ilias Johan sudah berhasrat untuk menjual ikan dengan harga yang lebih murah kerana niatnya nak berniaga sambil bersedekah
Adnan Mohamad in Kisah Insan 17 hours ago