Kisah Insan 13 Apr, 2020

TERIMA KASIH UUM!! JAGA PELAJAR ANTARABANGSA

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

LEBIH 200 pelajar antarabangsa dan 175 ahli keluarga yang tinggal di Inapan Siswa (Inasis) Maybank Universti Utara Malaysia (UUM) melahirkan penghargaan kepada pihak pengurusan universiti kerana menjaga kebajikan dan keselamatan mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020. : KitaReporters

Pelajar antarabangsa UUM mengagihkan barangan untuk dihantar kepada rakan mereka.



Pelajar Doktor Falsafah (Phd) Syeda Bushra Rizvi, 30, dari Pakistan berkata, kesemua mereka yang tinggal di Inasis diberi makanan dan barangan keperluan harian yang mencukupi. 

"Memandangkan keadaan terkini penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19) kemungkinan kami akan berpuasa dan beraya di sini.

"Oleh itu, saya berharap ahli keluarga di Pakistan tidak perlu bimbang kerana keselamatan dan kebajikan di sini terjaga.’ katanya ketika ditemui di Sintok, Kedah baru-baru ini.

Pelajar Doktor Falsafah (Phd) Syeda Bushra Rizvi dari Pakistan


Manakala pelajar dari Yemen, Salem Mohsen Salem berkata, walaupun berita mengenai Covid-19 di seluruh dunia  amat menakutkan, tetapi keadaan pelajar yang tinggal di kampus UUM di Sintok ini masih terkawal.

"Pihak universiti mengagihkan makanan dan sentiasa menjaga keselamatan kami melalui pemeriksaan menggunakan termometer bagi memeriksa suhu badan dari semasa ke semasa," ujarnya lagi.

 

Pelajar dari Yemen Salem Mohsen Salem 


Bagi Sarmad Jamal Ahmed, 27, dari Iraq pula, sepanjang PKP di kampus ini keadaan terkawal dan kerjasama antara pelajar juga amat baik terutama semasa berkumpul untuk menyedia dan mengagihkan makanan.

"Kami sentiasa mematuhi dan mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak universiti termasuk mematuhi pergerakan keluar masuk kampus," katanya lagi.

Sarmad Jamal Ahmed dari Iraq 


Mereka adalah sebahagian daripada 4,000 pelajar UUM yang berada dalam kampus sejak kerajaan mengumumkan PKP pada 18 Mac 2020, yang kini dilanjutkan sehingga 28 April 2020. - KitaReporters

Bungkusan yang akan diagihkan kepada pelajar antarabangsa UUM.

4
0
0
0
0
You will be interested

Video| Keberanian bawa padah! Pemandu gagal redah laluan dinaiki air! Jengkaut jadi penyelamat!

Seorang pemandu trak pikap yang dilihat sangat berani menyeberangi sebatang sungai di kawasan pedalaman Sarawak walaupun tahu arus deras akhirnya membawa padah

Zuhayati Yazid in Kisah Insan 2 days ago

Enggan beri pinjaman! Majikan parah dipukul pekerja sendiri! Kini bertarung nyawa di hospital!

APABILA manusia terdesak menyebabkan mereka tergamak melakukan apa sahaja, kadan
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 3 hours ago

Video| Demimu anak! Ayah terjun ke tasik selamatkan anak perempuan! Tindakan spontan dapat pujian!

Tular video perlihat seorang anak kecil terjatuh ke dalam sebuah tasik dan tindakan spontan daripada ayahnya yang terus terjun ke bawah untuk selamatkan anaknya
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Kisah Insan 1 day ago

2 Dekad Cinta Tanpa Sempadan! PERNIM sambut ulang tahun ke-18! Norlina Alawi lancar buku autobio!

Kehadiran bayi yang ditolak keluarga kandung itu buka hati Norlina Alawi untuk tubuhkan Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM)
Rahana MD in Kisah Insan 1 day ago

Video| Keluarga wanita sedih! Lelaki batalkan pertunangan saat akhir! Minta semua barang hantaran!

Seorang wanita di Indragiri Hulu, Riau alami peristiwa tak terduga menjelang hari lamarannya setelah calon suami batalkan pertunangan dan minta kembali hantaran
Adnan Mohamad in Kisah Insan 1 day ago