PRIHATIN dengan nasib gelandangan, seorang wanita tampil dan ‘turun padang’ membantu golongan gelandangan di sekitar Bandar Ipoh dengan mengagihkan makanan. Bagi Padhlini Salim, dia terbayang keperitan golongan gelandangan yang sukar untuk mencari makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuatkan dia terdetik hati untuk menyediakan makanan kepada golongan berkenaan. : KitaReporters
GOLONGAN gelandangan beratur untuk mendapatkan makanan yang disediakan oleh Padlini bersama ahli keluarga yang lain di pekan lama Ipoh, Perak. - Kredit foto: FB Padhlini Salim.
Pada hari permulaan dia hanya menyediakan kira-kira 20
pek makanan kepada golongan berkenaan sekitar Taan Kanak-kanak di pekan lama Ipoh.
“Apabila saya sampai di kawasan itu, golongan
gelandangan itu seolah-olah tahu saya mahu mengagihkan makanan dan melihat keadaan mereka meyakinkan hati saya mereka sebenarnya berada dalam kelaparan.
“Tetapi hari itu, saya hanya membawa bekalan yang sedikit keadaan itu membuatkan saya terkilan kerana ramai lagi tidak dapat makanan tersebut,” ujar yang menguruskan perniagaan milik keluarga iaitu Gerai Makan Limau Bali Wak Puji di Hentian Limau Bali Tambun, Ipoh.
HIDANGAN nasi goreng yang diagihkan kepada golongan gelandangan.
Dari situ dia terus bersemangat untuk meneruskan niat
murni bagi mengagihkan makanan kepada golongan berkenaan.
Malah ramai rakannya yang menyokong usaha murni ini dengan turut berkongsi makanan kepada golongan yang memerlukan.
“Ketika ke pasar untuk membeli bahan basah, ada yang
turut sedekahkan ikan kepada saya selepas mengetahui saya membeli keperluan
berkenaan untuk dijadikan hidangan kepada gelandangan di sekitar bandar ini,” ujarnya
kepada KitaReporters.
Katanya, sokongan tersebut membuatkan dia bertambah
bersemangat dan yakin kerja murni itu.
PADHLINI terus bersemangat untuk agihkan makanan selepas mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga terdekat dengan kerja murni berkenaan.
Malah Padlini berkata, setiap kali mengagihkan makanan
golongan gelandangan juga dilihat sopan dan beratur dengan dengan sendiri tanpa
diminta, sekali gus memudahkan urusan agihan bekalan makanan berkenaan.
Malah ada gelandangan yang mengaku telah menunggu dia untuk mendapatkan makanan berkenaan.
Malah, pada hari kedua dia mengagihkan makanan ada seorang pengunjung tetap di gerai makan milik keluarganya turut menyerahkan sumbangan sebagai tambahan kepadanya untuk membeli barang basah bagi dijadikan hidangan berkenaan.
“Keikhlasan
tersebut membuatkan saya lebih teruja dan akhirnya berjaya menyediakan 80 pek
makan kepada golongan berkenaan,” ujarnya yang teruja untuk mengagihkan makanan.
Malah dia kini sedang mencari NGO yang berminat untuk bekerjasama dan bersedia menyediakan makanan kepada mereka yang memerlukan kerana tahu pihak berkuasa tidak membenarkan individu persendirian mengagihkan makanan kepada golongan yang memerlukan.
Tahniah wanita muda! Semoga keikhlasan dibalas sebanyak mungkin oleh-Nya. - Kitareporters