Insan 20 May, 2020

Biadab! Penghantar makanan wanita diterajang lelaki ganas!!

@mohamad fadhil mohd daud
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this

KE MANAKAH sifat kasih sayang dan berterima kasih kita terhadap orang yang telah memberi kebaikan kepada kita?? Mungkin ramai yang akan menyifatkan apa yang tular melibatkan perkhidmatan penghantar makanan baru-baru ini sebagai rasis dan perkauman. : KitaReporters

Kejadian yang tular melibatkan penghantar makanan wanita Food Panda dan seorang lelaki CIna sebagai pelaku keganasan terhadap wanita.


Rakaman CCTV yang merakam kejadian seorang wanita dizalimi. 


Namun isunya adalah konflik apakah yang menjadi masalah sehingga kita gagal mengawal amarah jahanam dalam diri??

Terbaru tular dalam media sosial, satu video yang menunjukkan seorang penghantar makanan Food panda wanita diterajang oleh lelaki Cina yang tidak diketahui puncanya berlaku keganasan sedemikian.

Kejadian yang berlaku itu di sebuah bangunan di Puchong, Selangor berhampiran palang pembuka jalan itu berjaya dirakam oleh  rakaman CCTV.

Kelihatan rakaman yang merekodkan wanita bertudung hitam itu ditolak sehingga jatuh ke bumi sebelum diterajang dan disepahkan barangan yang dibawa oleh penghantar wanita tersebut.

Mangsa yang memakai baju uniform berwarna merah jambu itu tentunya menjadi 'trademark' warna perkhidmatan penghantar makanan dari Food Panda Malaysia.

Sekumpulan penghantar makanan dipercayai rakan sekerja mangsa terbabit memenuhi premis tempat berlakunya kejadian


Bagaimanapun, sehingga kini masih lagi tidak dapat dipastikan punca berlakunya insiden biadab itu dari mana-mana wakil syarikat penghantar makanan berkenaan. 

Sementara itu, berlegar dalam media sosial yang mengecam tindakan lelaki itu yang tergamak melakukan kezaliman terhadap seorang wanita yang lemah.

Mereka (netizen) yang mengandaikan kes tersebut di bawah kes jenayah yang membawa kepada kemudaratan dan kecederaan kepada mangsa.

Bagi mereka seharusnya wanita mestilah dilindungi setiap lelaki dan bukan dijadikan tempat melepaskan geram jika terdapat perkara yang tidak berpuas hati.

Netizen juga turut meletakkan tanda pagar seperti #PDRM untuk perhatian pihak berkuasa bagi diambil tindakan segera dan sewajarnya agar perkara sebegitu tidak berlarutan.

Bagaimanapun wajah pelaku itu berjaya dirakamkan oleh seorang individu yang berada di sekitar tempat kejadian untuk dijadikan bukti siasatan pihak berkuasa. - KitaReporters

Gambar suspek yang berjaya dirakam dan dikenal pasti

You will be interested

Tolong kami! Pondok Lubuk Periuk bimbang terputus bekalan!

Pengurusan Madrasah Addiniah Azzakiah di Kampung Lubuk Periuk, Hulu Terengganu bimbang terputus bekalan makanan semasa berlaku kejadian banjir seperti pada 2019

Noor Hayati Mamat in Insan 1 day ago

LZS baik pulih rumah Atuk Sidek! Rumah usang banyak kenangan

Atuk Sidek, seorang warga emas di Salak Tinggi, Sepang sanggup diami rumah usang miliknya kerana suasana dan keadaan di rumah itu memberi kenangan indah buatnya
Isa Ramli in Insan 4 hours ago

Terima kasih APM Setiu! Bantu bayi umur lapan hari ke klinik

APM Daerah Setiu bantu seorang bayi berusia 8 hari untuk dibawa ke klinik bagi rawatan kerana kawasan rumah ibu bapanya ditenggelami air sedalam lebih 1 meter
Adnan Mohamad in Insan 5 hours ago

Mangsa banjir Setiu meningkat! APM teruskan kerja pemantauan

Jumlah mangsa banjir di daerah Setiu meningkat kepada 125 orang daripada 40 keluarga pada 25 Nov berbandingkan 68 orang pada 24 Nov. Mereka kini berada di 6 PPS
Adnan Mohamad in Insan 15 hours ago

Video| Uncle Siva penutur dialek Jowo yang fasih! Baka rare!

Uncle Siva, seorang lelaki india lingkungan sekitar 60-an di Kampar, fasih bertutur dalam dialek Jawa. Dia juga fasih dalam beberapa bahasa Cina dan Orang Asli
Mohamad Fadhil Mohd Daud in Insan 18 hours ago