Insan & Komuniti 11 Jan, 2021

Tak seburuk yang ditularkan! Pendedahan pesakit Covid-19 tentang keadaan sebenar di PKRC MAEPS

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

ENTAH kenapa baru-baru ini ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mencipta polemik kononnya pihak kerajaan menyediakan kemudahan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor dalam keadaan serba hina dan tidak cukup serba serbi. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah menarik berkaitan MAEPS:

https://kitareporters.com/search?search=MAEPS


Keadaan yang cuba digambarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu seolah-olah suasana di MAEPS agar suram, muram dan sentiasa berada dalam keadaan kucar kacir serta tidak harmoni.

Tahukah kalian bahawa setiap kali pagar automatik dibuka, semua akan bersorak untuk memberi semangat kepada pesakit yang baru tiba supaya mereka tidak takut.




Cerita ini didedahkan sendiri oleh seorang pesakit Covid-19, Muhamad Afifie Chan Mahadie Chan, 30, yang kini sedang dirawat di PKRC di MAEPS.

Menurutnya, keadaan sebegitu cukup memberi keyakinan kepada para pesakit Covid-19 bahawa keadaan di MAEPS tidak seperti yang digambarkan oleh mereka yang cuba membuat persepsi jahat dalam media sosial sebelum ini.

Muhamad Afifie juga mengganggap suasana berkenaan sebagai detik berharga selain sorakan itu bertujuan meyakinkan pesakit Covid-19 yang baru tiba untuk menjalani rawatan di PKRC berkenaan.

Bukan sekadar itu, Muhamad Afifie turut memberitahu bahawa para petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menyuntik sedikit suasana ceria dalam dewan setiap kali membuat pengumuman. Ini membentuk sebuah suasana dalam PKRC yang bukan sahaja terkawal, malah tidaklah seburuk seperti yang disangka oleh segelintir pihak.

"Awalnya takut untuk menjalani rawatan di PKRC kerana banyak baca komen negatif di media sosial. Namun, tidak sangka pengalaman menjalani rawatan di sini sangat selesa dan lancar.

"Sebab itu, saya ingin kongsikan kepada masyarakat di luar sana dan berharap perkongsian itu dapat mengubah tanggapan negatif ke arah lebih positif," katanya ketika dihubungi oleh pihak media tempatan.




Selain fasiliti rawatan yang baik, layanan para petugas barisan hadapan (frontliners) juga turut memberi sokongan moral untuk satu sama lain dalam membentuk sebuah suasana yang mesra, gembira dan harmoni pada setiap masa.

"Kami diberikan makanan tiga kali sehari dan ia (makanan) akan diberikan di katil masing-masing oleh kakitangan bertugas yang memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE).

"Kebiasaannya kami (pesakit Covid-19) sendiri akan membantu kakitangan yang bertugas mengagihkan makanan kepada pesakit lain," katanya lagi.



Selain itu, Muhamad Afifie turut mendedahkan kemudahan tandas yang disediakan oleh pihak berkuasa di PKRC itu mencukupi dan berada dalam keadaan bersih pada setiap masa. Ia cukup selesa untuk digunakan oleh para pesakit.

"Sepanjang berada di sini saya tidak pernah beratur atau menunggu lama untuk menggunakan kemudahan itu. Malah, kemudahan untuk mengecas telefon bimbit juga mencukupi," katanya kes kecurian juga tidak pernah dilaporkan di pusat berkenaan.



Terdahulu, perkongsiannya dalam Twitter mengenai suasana sebenar dan pengalamannya menjalani rawatan di MAEPS sebagai pesakit Covid-19 mendapat perhatian warganet sehingga diulang ciap lebih 33,000 kali setakat ini. - KitaReporters


3
0
0
0
1
You will be interested