Insan & Komuniti 31 Aug, 2022

Video| Jalan banjir! Banjir.. banjir! Woi.. dalam ni! Wartawan cilik melaporkan dari lokasi banjir!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this


KEADAAN cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini, di mana setiap hari pada waktu petang, hujan turun dengan lebat menyebabkan banjir berlaku di mana-mana

Kisah cemas berlaku kepada seorang Ibu Ira Hazwani Mohd Zaini yang meredah banjir di persimpangan Kota Warisan, Sepang menghala ke Bandar Baru Salak Tinggi dan Nilai kerana dia hendak ke Kota Warisan untuk mengambil makanan yang dipesan.  Kejadian pada pada Selasa 30 Ogos 2022, pukul 1 tengah hari. 

Video dirakam oleh anaknya Nur Saffiya Muhammad Ifwan yang berusia 7 tahun sambil diperhatikan oleh adiknya Nur Azaleeya berusia 5 tahun, ketika si Ibu sedang membawa kereta menuju ke sebuah kedai di kota Warisan. 

Video itu dimuat naik dalam TikTok Ira Hazwani.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kerjaya wartawan



Menurut Ira Hazwani, ketika memandu melalui banjir di jalan berkenaan dia turut berasa sedikit cuak dan cemas bila terpaksa melalui jalan yang dipenuhi air yang agak dalam

Namun gelagat Saffiya yang bijak bercakap dan mengambil video membuatkan Ira rasa yakin untuk meredah dan melalui jalan banjir berkenaan

Lagak Saffiya seperti seorang wartawan cilik menghiburkan Ira walaupun dia mengaku rasa cemas melalui air yang agak dalam di jalan raya berkenaan. 

Alhamdulillah mereka tiga beranak sampai ke destinasi yang dituju dan selamat sampai d irumah mereka di Bandar Baru Salak Tinggi. - KitaReporters


16
21
0
6
0
You will be interested