Insan 18 Nov, 2020

Terengganu banjir! 51 mangsa pertama berada di dua PPS Setiu

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawan peringkat negeri Terengganu

Share this

HUJAN lebat selama dua hari berturut-turut menyebabkan beberapa kawasan rendah di Setiu,Terengganu dinaiki air sehingga mengakibatkan 51 mangsa banjir daripada 12 keluarga di daerah itu terpaksa dipindahkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS). : KitaReporters 


Mangsa banjir yang dipindahkan di PPS Balai Raya Sungai Lerek, Setiu pada awal pagi, 18 November 2020. - Kredit Foto : APM Setiu


Lagi kisah-kisah berkaitan banjir:

https://kitareporters.com/search?search=banjir


Mereka yang dipindahkan sejak malam semalam Selasa,  17 November 2020 itu termasuk 44 orang daripada 11 keluarga di PPS Surau Kampung Bukit Nyoir Pelong (Setiu) dan tujuh orang satu keluarga di PPS Balai Raya Sungai Lerek (Setiu). 

Dalam pada itu, sebatang jalan raya yang menghubungi Bandar Permaisuri (Setiu) dengan Kampung Besut (Hulu Seladang) turut ditutup kepada kenderaan ringan yang melalui jalan tersebut. 


SEKITAR operasi memindahkan mangsa banjir ke PPS Surau Kampung Bukit Nyoir, Pelong, Setiu pada 11.00 malam, 17 November 2020. - Kredit Foto : APM Setiu


Sehingga pukul 3 petang ini Rabu, 18 November 2020, jumlah mangsa banjir 51 orang masih kekal kerana keadaan cuaca di daerah Setiu dilaporkan mendung dan jumlah mangsa banjir kemungkinan bertambah jika berlaku hujan lebat pada malam ini terutama di kawasan pedalaman yang sering dinaiki air bah.  

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Setiu, Kapten (PA) Mohd Nizu Husien memberitahu, pada malam tadi (17 November 2020), operasi memindahkan mangsa banjir telah dilakukan oleh 20 anggotanya termasuk seorang pegawai di dua kampung yang terlibat.



SEKITAR operasi pemindahan mangsa banjir ke PPS Surau Kampung Bukit Nyoir Pelong. - Kredit Foto : APM Setiu


MOHD NIZU HUSIEN 


Menurut Mohd Nizu, kenderaan yang terbabit dengan operasi berkenaan ialah sebuah lori, sebuah kenderaan pancuan empat roda dan sebuah bot.  

``Angkatan  Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Setiu selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) bukan sahaja membantu mangsa banjir di daerah ini.

``Tetapi kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi, kita telah membawa seorang suri rumah yang tinggal di Kampung Hulu Seladang untuk ke Klinik Kesihatan Bandar Permaisuri sebab hendak bersalin. Suri rumah berumur 28 tahun itu tidak boleh pergi ke klinik kerana jalan raya dari kampungnya ke Bandar Permaisuri ditenggelami air, ‘’ katanya ketika dihubungi hari ini, Rabu, 18 November 2020.



SEORANG ibu mengandung dari Kampung Hulu Seladang yang hampir hendak bersalin dibawa oleh anggota APM Setiu ke Klinik Kesihatan Bandar Permaisuri, Setiu pada 18 November 2020. - Kredit Foto: APM Setiu 


Mohd Nizu berkata ketika ini pihaknya menyediakan seramai 20 anggotanya untuk menjalankan tugas operasi menyelamat banjir dan jumlah kakitangannya akan bertambah sekiranya kejadian banjir di daerah Setiu semakin buruk.


 


Bacaan pada 8.30 malam, 18 November 2020


Sementara itu, laporan info banjir.water.gov.my setakat 10 pagi 18 November 2020 melaporkan tiga sungai di Terengganu iaitu Sungai Setiu, Hulu Terengganu dan Kemaman melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat sejak Isnin 16 November 2020.  

Sungai Nerus di Kampung Langkap (Setiu) merekodkan bacaan paras bahaya 21.67 meter (17 meter), manakala Sungai Telemong, Kuala Ping (Hulu Terengganu) 20.43 meter (16.50 meter) dan Sungai Tebak (Kemaman) pada paras 21.79 meter. 

Laporan info banjir terbabit juga turut melaporkan dua buah sungai di Setiu melepasi paras amaran iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit mencatatkan bacaan 12.04 meter dan Sungai Chalok pula ialah 8.27 meter. - KitaReporters

You will be interested

Mangsa banjir Setiu meningkat! APM teruskan kerja pemantauan

Jumlah mangsa banjir di daerah Setiu meningkat kepada 125 orang daripada 40 keluarga pada 25 Nov berbandingkan 68 orang pada 24 Nov. Mereka kini berada di 6 PPS

Adnan Mohamad in Insan 1 day ago

Tolong kami! Adik Irfan perlu bantuan! Bayar bil hospital!

Pengguna Twitter, Amiruddin berkongsi kisah duka Muhammad Irfan Ali Mohd Humaizi, 4, yang menghidap penyakit sawan. Irfan anak saudara kepada rakan Amiruddin
Zul Akmar Jamaludin in Insan 13 hours ago

Video| Pretty Mike bawa enam kekasih ke majlis! Semua hamil!

Mike Eze-Nwalie Nwogu atau Pretty Mike yang terkenal sebagai seorang playboy di Lagos perkenal enam wanita hamil yang kesemuanya didakwa sebagai teman wanitanya
Ahmad Abd Hamid in Insan 19 hours ago

Polis, Zura Aziz berbalas pantun! Ceriakan abam, akak PDRM!

Seorang pengguna Facebook, Zura Aziz hargai pengorbanan dan jasa PDRM melalui pantun, yang menceriakan dan memberikan kata-kata semangat buat abang, kakak polis
Noor Hayati Mamat in Insan 1 day ago

LZS baik pulih rumah Atuk Sidek! Rumah usang banyak kenangan

Atuk Sidek, seorang warga emas di Salak Tinggi, Sepang sanggup diami rumah usang miliknya kerana suasana dan keadaan di rumah itu memberi kenangan indah buatnya
Isa Ramli in Insan 1 day ago