Kisah Insan 26 Apr, 2020

APAKAH NASIB GELANDANGAN SELEPAS COVID-19?

@ainal marhaton abd ghani
Bekas Wartawan Sambilan di Kumpulan New Straits Times Pres (NSTP) untuk akhbar Berita Harian dan Harian Metro Pahang selama 10 tahun. Memegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Share this

PELBAGAI kisah dan tragedi memilukan membabitkan golongan gelandangan khususnya berusia warga emas terungkai tatkala misi menyelamatkan mereka berikutan wabak pandemik COVID-19 yang masih menukar di Malaysia. Sedih dan sadis dan tidak terjangkau dek akal mereka terpaksa menghabiskan usia tua merempat di jalanan. : KitaReporters

Kredit foto-foto: Mohd Rafi Mamat


Tanpa sengaja isu pandemik COVID-19 telah membuka banyak mata terutama petugas barisan hadapan dalam menangani, mencegah, mengekang dan mengawal wabak itu daripada terus merebak dengan rakusnya bagaikan tiada penghujung. 

Pantang kedengaran ada kes positif di sesuatu lokasi, barisan hadapan terus ke lokasi membuat tinjauan, saringan dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi tujuan mengawal keadaan daripada terus menjadi lebih kritikal.

Tidak terkecuali 'port' golongan gelandangan di seluruh negara. 

Bawah jambatan, di taman-taman rekreasi, perhentian bas, kaki lima bangunan asal boleh dijadikan tempat untuk lena beradu di situlah mereka merebahkan badan. 

Sebelah siangnya, menapak lagi mencari rezeki untuk alas perut. 

Perbuatan sama diulang-ulang sehingga masyarakat umum seperti tidak menghiraukan lagi kehadiran mereka. Lantaklah apa nak jadi asal kau jangan ganggu aku sudah!!!

Di Kuantan yang turut menjadi lokasi panas COVID-19, pihak berkuasa terutama di barisan hadapan turut berdepan dengan golongan gelandangan. 

Bimbang COVID-19 turut terpalit, usaha diambil untuk menempatkan mereka dalam satu kawasan selamat untuk mengelak mereka dijangkiti virus itu.

Beratur untuk mengambil makanan


Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, mereka mengikut sahaja arahan pihak berkuasa untuk menempatkan mereka di Pusat Sementara Gelandangan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak berkuasa telah menyelamatkan 38 gelandangan sekitar bandar Kuantan bagi mengelakkan mereka terkena jangkitan.

Bukan kehendak mereka untuk menjadi gelandangan tetapi keadaan hidup yang memaksa mereka menjalani kehidupan seperti itu. Suratan atau kebetulan? 

Menikmati makanan di pusat penempatan sementara.


Berkongsi kisah duka seorang gelandangan warga emas yang mahu dikenali sebagai Ali dan berusia 74 tahun, beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya sebelum tersungkur

Dia yang juga bekas seorang guru nekad meninggalkan tugasnya sebagai guru sains dan matematik di beberapa sekolah menengah di Kuala Lumpur, Kelantan dan Pahang demi mengejar pendapatan lebih lumayan dalam bidang pembinaan.

Katanya, kehidupannya berjalan lancar dengan rezeki dalam dunia perniagaan, berkahwin dan dikurniakan empat anak.

Bagaimanapun, episod kecelaruan dalam hidupnya berlaku tanpa diduga apabila perniagaannya semakin merosot, mengalami kerugian sehingga terpaksa ditutup.

“Pada usia yang semakin lanjut tanpa diduga saya disisih oleh keluarga, wang simpanan yang dimiliki sebelum ini semakin hari semakin berkurangan dan akhirnya semuanya habis.

“Tanpa sumber kewangan, akhirnya saya terpaksa menjadi gelandangan di bandar ini sejak lima tahun lalu dengan makan dan minum bergantung kepada sumbangan insan prihatin setiap hari,” katanya.

Ali berkata, dia tidak pernah menduga terpaksa mengharungi kehidupan serba daif dan sebatang kara.

“Saya reda dengan apa yang dialami hari ini, ketentuan Yang Maha Esa pasti ada hikmahnya,” katanya yang tidak pernah menduga terpaksa mengharungi kehidupan sebagai seorang gelandangan pada penghujung usia ini.

Riak wajahnya juga berubah sedih setiap kali ditanya mengenai isteri dan anaknya. Dia juga enggan menyatakan di mana keluarganya itu berada.

Gelandangan yang diselamatkan menjalani pemeriksaan kesihatan setiap hari.


Bagi bekas pengayuh beca yang hanya mahu dikenali sebagai Sulaiman, 55, diletakkan di pusat penempatan sementara itu adalah rahmat yang sangat besar nilainya berbanding sebelum ini yang hanya tidur di kaki lima tandas awam.

Walaupun tidak tahu selama mana akan berada di situ, Sulaiman bersyukur kerana makan dan minumnya terjaga dan dapat berehat dengan tenang.

Selama 30 tahun menjadi pengayuh beca, kehidupannya tidak pernah senang apatah lagi khidmatnya tidak lagi mendapat sambutan sejak beberapa tahun lalu.

“Dengan kecacatan pada tangan kanan yang dialami sejak kecil, saya kini hanya mampu mencari rezeki dengan bekerja sebagai penjaga tandas dengan pendapatan tidak seberapa.

“Tanpa tempat tinggal setiap malam saya terpaksa tidur di kaki lima tandas. Saya ditahan dalam operasi menyelamat gelandangan baru-baru ini,” katanya yang tidak pernah berumah tangga.

Dia yang berasal dari Endau, Johor berkata, kebajikan yang disediakan di pusat gelandangan sementara itu begitu memuaskan, dengan makan minum disediakan empat kali sehari. 

Mereka juga menjalani pemeriksaan kesihatan setiap hari.

Seorang daripada gelandangan yang berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa dalam usaha mengekang penularan wabak pandemik COVID-19


Simpati dengan golongan gelandangan ini!! 

Ketika ini mereka mempunyai tempat tinggal, tetapi bagaimana nasib mereka selepas negara bebas COVID-19

Ke mana hala tuju mereka selepas ini??

Semoga ada usaha yang berterusan untuk memberi mereka kehidupan yang lebih baik terutama kalangan warga emas. 

Jangan biarkan mereka menjadi gelandangan selamanya dan disisih dalam kelompok masyarakat kerana mereka juga berhak menjalani kehidupan normal. - KitaReporters

You will be interested

Dari Kelantan tapi cari rezeki di Pulau Pinang! Sempena Ramadan, dapat motor baharu daripada YB

Mohamad gigih cari rezeki jadi penghantar makanan biarpun terpaksa pinjam basikal kawan. Kini bersyukur dapat motosikal baharu daripada YB Steven Sim Chee Keong

Video| Kisah Edika Yusof jadi inspirasi! Jaga isteri baik-baik, rezeki kita pun akan dimurahkan!

Edika Yusuf tampil dalam rancangan khas Borak Kelamin Astro Ria bagi huraikan tip bagaimana urus hubungan rumah tangga supaya terus kekal akrab serta bahagia
Sarfarizmal Saad in Kisah Insan 1 day ago

Video| Cari lelaki ini! Acu pisau, pijak leher anak! Tertekan masalah hidup, anak jadi mangsa?

Tular video yang tunjukkan 2 kanak-kanak menangis ketakutan kerana didera selepas dipijak pada leher dan diacu pisau oleh bapa kanak-kanak itu di Kunak, Sabah
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 1 day ago

Kematian husnul khatimah! Imam meninggal dunia ketika sujud solat maghrib! Akibat sakit jantung

Seorang imam Sofyan, 58, meninggal dunia ketika sujud pada rakaat pertama solat maghrib di Dusun Wonogiri, Malang, Jawa dipercayai kerana serangan sakit jantung
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 1 day ago

Berita Terkini| Kanak-kanak perempuan 11 tahun digigit anjing liar! Terima rawatan di hospital

Kanak-kanak 11 tahun, Syauqina Rifqa, yang baru pulang daripada kelas agama di sekolah digigit anjing liar di rumahnya di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
News Editor 2 in Kisah Insan 1 day ago