Insan & Komuniti 09 Oct, 2021

Siapa Ozcan Deniz? Pelakon, penyanyi Turki pikat wanita! Dengan renungan mata, wajah tampannya!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this



RENUNGAN matanya yang tajam memikat, lirikan senyumannya yang menggoda dan fizikalnya yang segak menyebabkan pelakon Turki ini, Ozcan Deniz tular dalam TikTok sebagai antara pelakon yang telah menawan banyak hati wanita negara ini meskipun usianya sudah mencecah 50 tahun.

Ozcan adalah penyanyi, pelakon, penulis skrip dan pengarah terkenal di Turki dengan lagu-lagu popular termasuk albumnya, Hadi Hadi Melegim dan Hediye.

Dalam filemnya, Water and Fire, berkisar tentang ketua mafia yang lari ke London dan bertemu serta bercinta pula dengan seorang gadis lurus bendul. Lantas memberinya peluang untuk menambah sahamnya sebagai lelaki dengan wajah seksi dan romantis untuk  'bertakhta' di hati peminatnya termasuk wanita di negara ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Turki


Ketua mafia melarikan diri untuk menggelakkan tindakan undang-undang dan ketika berada di dalam pesawat kelas ekonomi kerana masalah teknikal, menemukan dia dengan wanita muda yang naif, Yagmur, secara tidak sengaja yang tercengkam tangan sampai berdarah apabila berlaku gegaran udara.

Portal Odisi ketika membuat review melaporkan filem itu diarahkan sendiri oleh Ozcan, skrip dihasilkan bersama Avni Tuna Dilligil. Malah beliau menjadi watak utama selain  Yasemin Allen, Kaan Cakir dan Pelin Akil.

Dengan genre pencintaan dan drama, Hasmet, seorang ketua kongsi gelap melarikan diri ke London dalam kapal terbang, bertemu dengan Yagmur dan kemudiannya mereka jatuh cinta.



Dengan bekas isterinya, Feyza Aktan. - Kredit gambar: Sabah.com


Menurut Wikipedia, Forbes & Business Insider,  Ozcan Deniz adalah salah seorang penyanyi bertaraf dunia dan disenaraikan sebagai World Music Singer. Dikatakan dia memiliki aset lebih RM6 juta (USD$1.5 juta) 

Melalui 9 kali perhubungan cinta dan perkahwinan, kini Ozcan kembali menduda selepas bercerai dengan isteri yang juga pelakon Feyza Aktan. Isteri pertamanya, Handan Deniz dari tahun 1991-2000 dan mereka mempunyai empat anak. 

Ozcan berketurunan Caucasian dilahirkan di Ankara, Turki pada 1972 mula mencipta kemasyhuran sebagai penyanyi dan banyak menyertai persembahan termasuk rancangan Asmali Konak, Kader dan Ask Yakar. 

Sepanjang kerjaya, kisah kehidupan peribadi Ozcan ini tidak banyak terdedah kepada umum dan kisah perkahwinannya dengan Feyza itu cuba juga disembunyikan kepada pengetahuan umum.

Celebs Insight memetik data daripada DatingRumor.com, Ozcan sebelum ini menjalin hubungan dengan Ayça Kuru (2013), Ayse Akin (2013 – 2014), Fahriye Evcen Ozcivit (2008 – 2010), Ebru Destan (1997 – 2002) and Sebnem Schaffer (2002 – 2003). Pernah juga terpalit sekejap hubungan cinta dengan dengan Ece Uslu (2014)



Biodata Ozcan:

Ozcan Deniz (lahir pada 19 Mei 1972)  aktor Turki, penyanyi, komposer, penulis dan pengarah yang berasal dari keturunan Kurdis.

Labels: Deniz Production

Isteri terakhirnya: Feyza Aktan


Ozcan mula menjalin hubungan dengan pelakon Feyza Aktan yang 20 tahun lebih muda daripadanya pada 2016 dan pada 2018 lalu mereka bernikah. Bagaimanapun perkahwinan mereka ranap pada 2019.

Berdasarkan laporan berita oleh Atakan Irmak dari akhbar Turki, Gunaydın, pasangan itu dikatakan bertelagah sehingga bercerai di mahkamah keluarga di negara itu selepas ada dakwaan isteri Ozcan itu dikatakan mencurangi suaminya.

Kes itu berterusan apabila bekas isterinya enggan meninggalkan kediaman mereka selepas  Ozcan menang dalam pertikaian kes itu di mahkamah.

Ozcan sudah berkali-kali meminta bekas isterinya meninggalkan rumah mereka dan meminta dipulangkan kunci rumahnya tetapi Feyza tetap enggan dan masih tinggal di itu bersama anaknya.

Ozcan kemudian membuat laporan kepada polis di Istanbul terhadap sikap bekas isterinya dan dia kemudian diminta supaya menfaikan kes itu ke mahkamah atas tuduhan Feyza 'merampas' rumahnya. 

Walaupun mereka sudah selesai menamatkan 15 bulan perkahwinan itu, tapi dalam pertikaian terakhir berkaitan pemilikan hak ke atas rumah mereka, Feyza meminta mahkamah supaya merujukkan dia dengan suaminya atau memberinya pampasan yang banyak. - KitaReporters


14
15
0
15
1
You will be interested