Insan & Komuniti 02 Nov, 2022

Remaja 19 tahun jatuh cinta dengan nenek 56 tahun! Terpikat ketika 10 tahun! Tunggu untuk disatukan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SEKALI fikir tidak logik, tapi itulah realitinya, apabila membicarakan tentang hati!

Itulah yang berlaku kepada seorang remaja dari Thailand yang berusia 19 tahun yang sudi menjadikan seorang wanita yang layak dianggap sebagai nenek kepadanya sebagai pasangan hidup.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan suami muda


Bagi Wuthichai Chantaraj, perbezaan usia 37 tahun tidak menjadikan halangan untuk dirinya jatuh cinta kepada wanita yang lebih berusia, Janla Namuangrak yang kini berusia 56 tahun.

Malah pasangan yang hangat bercinta itu kini sedang membilang hari untuk disatukan.

Memetik portal thethaiger.com, Wuthichai berkata, dia mula mengenali kekasih hatinya ketika usianya 10 tahun apabila diminta oleh rakannya untuk membersihkan kediaman wanita tersebut yang terletak di Sakhon Nakhon di timur laut Thailand. 

Disebabkan sering ke rumah Janla, remaja tersebut merasakan ada kelainan dalam hubungan tersebut sebelum masing-masing meluahkan rasa yang sama.

Malah, sikap ringan tangan dan rajin anak muda yang berusia 19 tahun itu membuatkan wanita yang mempunyai tiga orang cahaya mata yang kini berusia melebihi usia Wuthichai  selesa sebelum mula jatuh cinta.



Bagaimanapun hubungan cinta mereka tidak diketahui oleh keluarga masing-masing.

Wuthichai mengakui dia sudah dua tahun bercinta dengan Janla dan kini nekad mahu teruskan hubungan dan akan membina mahligai bersama. 

“Ini kali pertama dalam hidup saya mahu bertanggungjawab dan memastikan seseorang hidup dengan selesa.

“Saya melihat rumahnya yang sangat usang dan sejak itu mahu membantunya hidupnya supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik,” kongsinya mengimbas kembali saat mula jatuh cinta.

Bagaimanapun, kisah percintaan mereka mula menjadi tular pada Januari 202 lalu apabila pasangan tersebut mula berkongsi video dan aktiviti yang dilakukan bersama.



Terdahulu pasangan itu menyembungi kisah percintaan mereka kepada keluarga masing-masing.

Namun awal tahun lalu (2021), mereka mengakui ada kekuatan untuk berkongsi kebahagiaan dan perlu diketahui umum dan tidak perlu berselindung lagi dengan sesiapa lagi.

Janla mula mengakui, Wuthichai adalah lelaki matang dan sering membuatkan dirinya menjadi orang muda.

“Wuthichai menjadi seperti superhero bagi saya. Dia  banyak membantu saya setiap hari,” kata Janla yang mengakui tidak sabar untuk menunggu hari untuk disatukan.

Inilah dinamakan cinta! Usia dan rupa tidak menjadi halangan, yang penting hati bahagia apabila bersama. -Kitareporters


14
11
0
13
0
You will be interested