Insan & Komuniti 20 Apr, 2021

Berita Terkini| Kanak-kanak lelaki terperangkap dalam Kancil! Tekan sendiri kunci pintu kereta

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Mangsa yang terperangkap hampir 20 minit dalam sebuah kereta berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat. - Kredit foto: JBPM Perak


SEORANG kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan terperangkap hampir 20 minit dalam sebuah kereta di Kampung Bedrock, Tanjong Malim, Perak kira-kira 8 pagi, 20 April 2021.

Dalam kejadian itu, mangsa, yang terperangkap setelah menekan sendiri kunci pintu Perodua Kancil dari dalam ketika ibunya berada di luar, berjaya diselamatkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Malim, Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 8.27 pagi hari kejadian.

"Pihak bomba mengambil masa lebih kurang 10 minit sebelum kanak-kanak itu berjaya dibawa keluar dari kenderaan dengan selamat. Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas.

"Kami dimaklumkan pintu kereta itu dikunci sendiri oleh mangsa dan ketika kejadian enjin kereta dalam keadaan hidup.

"Kanak-kanak ini telah terperangkap hampir 20 minit di dalam kenderaan sebelum bomba dimaklumkan. Operasi tamat jam 8.45 pagi dan mangsa diserahkan pada ibunya," kata Mohd Zairul Fahmi dipetik laporan Sinar Harian, 20 April 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested