Insan & Komuniti 09 May, 2021

Jaga adik-adik, teruskan bisnes dodol! Pesan ibu sebelum maut nahas! Ketika hantar dodol raya!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

Anggota bomba serta polis mengangkat mayat Rohana Abdul untuk dibawa ke Hospital Melaka pada 7 Mac 2021. - Kredit Foto : Ihsan PDRM


NIAT di hati seorang pengusaha dodol, Rohana Abdul, 43, untuk menghantar makanan itu untuk hari raya kepada pelangannya tidak kesampaian apabila dia maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Lebuh Raya  Alur Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) pada pukul 6.20 pagi Jumaat, 7 Mei 2021. 

Rohana yang mengusahakan dodol  itu sejak 23 tahun lalu meninggal dunia di tempat kejadian selepas keretanya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Proton Pesona yang dipandu oleh seorang pemuda berusia 20 tahun dari Alor Gajah, Melaka.

ARWAH Rohana Abdul yang mengusahakan dodoi sejak 23 tahun lalu kini tinggal kenangan.


Sebelum itu dikatakan mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Paya Rumput untuk menghantar dodol kepada pelangannya di Krubong sebagai juadah sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi.

Namun sebaik sahaja tiba di tempat kejadian di persimpangan AMJ itu, kereta Perodua Axia yang dipandu oleh Rohana  dari arah Paya Rumput  itu membuat pusingan-U menghala ke Cheng.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Melaka, Superintendan Hassan Basri Yahya berkata, selepas pusingan-U itu kereta wanita itu berlanggar dengan kereta pemuda terbabit dari Alor Gajah yang menghala ke arah yang sama.


KERETA yang dipandu oleh Rohana terlibat dalam kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat Lebuh Raya Alor Gajah- Melaka Tengah (AMJ) pada Jumaat, 7 Mei 2021. - Kredit Foto : Ihsan PDRM


Menurutnya, akibat kejadian itu, Rohana mengalami cedara parah menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemuda berkenaan cedera pada leher, dada dan peha kanan.

``Mayat Rohana di hantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,’’ kata Hassan Basri pada Jumaat, 7 Mei 2021.


Kredit Foto : Ihsan PDRM 


Sementara itu, anak sulong Rohana, Nur Aliyah Zaidi, 23, memberitahu, kereta Perodua Axia yang dibawa oleh ibunya dengan panggilan mama ketika menghantar dodol itu adalah kereta miliknya.

Menurutnya, sebelum emaknya bertolak dari rumah pada pagi kejadian dia tidak menunjukkan banyak perubahan pada dirinya sebaliknya arwah seperti biasa dengan Nur Aliyah.


Kredit Foto : Ihsan Pembaca 


``Semasa saya bagi kunci kereta itu, mama mengambilnya tetapi mama tidak bercakap banyak kecuali dia berpesan supaya saya menjaga adik beradik saya yang ada empat orang lagi dengan sebaik-baiknya selain mama minta saya teruskan dodol itu jika dia tiada nanti.

``Dalam hal ini, dengan kejadian malang yang menimpa ibu saya, ada juga pihak tertentu yang mengambil telefon mama di dalam kereta menyebabkan saya bermasalah untuk menguruskan tempahan dodol dengan pelanggan kerana saya tidak mempunyai nombor-nombor telefon pelanggan,’’ katanya. - KitaReporters


14
3
15
8
4
You will be interested