Insan & Komuniti 24 Mar, 2020

COVID-19: DERITA JURURAWAT DAN DOKTOR ITALI

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this
"TENGOK muka saya dah jadi muka begini, tengok ni, calar balar kesan pakai topeng muka terlalu lama. Sekarang saya takut nak ke tempat kerja, takut boleh lagi tak saya bertahan dengan suasana dalam wad? Waktu kerja yang teruk dan tidak dapat berehat," demikian kata Alessia Bonari seorang jururawat Itali dalam Instagramnya. KitaReporters.com

Alessia Bonari


Bonari jururawat di Milan, Itali membuka topeng muka dan menunjukkan wajah sebenarnya kepada penduduk dunia keadaan kerjanya menangani wabak Covid-19 di Itali, negara tertinggi selepas China dan Iran yang meragut ribuan nyawa penduduk negara itu.

"Saya sangat letih, bekerja sepanjang hari sebaik pakai baju keselamatan ini, kami tidak boleh makan, minum atau ke tandas selama enam jam" katanya.

Setiap pagi adalah hari yang `menakutkan` bagi Bonari kerana tidak tahu lagi bagaimana untuk bersabar dengan situasi sekarang. 

Laporan Evening Standard.co.uk yang memetik Instagram Bonari yang menceritakan wanita itu sangat takut ke tempat kerjanya bukan sebab topeng muka saja tetapi bimbang tidak sengaja tersentuh muka dengan sarung tangan. 

Atau cermin matanya tidak melindungi sepenuh matanya menyebabkan wabak itu berjangkit.

Secara psikologikal Bonari mengaku dia lesu tetapi tetap mahu berkhidmat kepada pesakit kerana bangga dan sayangkan kerjayanya.

Itali kini mencatatkan 6,077 kes kematian dengan 63,927 disahkan positif sehingga lewat Isnin, 23 Mac 2020.

Media kini melaporkan Itali sudah `menyerah kalah` melawan wabak itu apabila Presiden Itali, Sergio Mattarella dilaporkan `menangis``memberitahu setiap hari hampir 700 rakyatnya mati, manakala lebih 1,500 mati dalam tempoh tiga hari dan lebih 5,000 kes baru dikesan setiap hari

Bagaimanapun, laporan kemudian menafikan Presiden Itali itu menangis, sebaliknya gambar pemimpin negara Brazil yang dimuat naik.  

Image result for presiden itali

Presiden Itali, Sergio Mattarella


Ini bukan Presiden Itali, tapi Presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang berucap dalam satu majlis keagamaan pada 17 Disember 2019 di Palacio do Planalto, meluahkan rasa sedih bila berkisah tentang anak bongsunya.


Itali dilaporkan mempunyai 23 peratus penduduk warga emas selepas Jepun dengan umur lebih 66 tahun yang mudah mendapat Covid-19.

Berdasarkan demografik itu, pakar perubatan tidak menolak angka kematian yang tinggi dalam kalangan penduduk negara berpunca salah satu sebab usia.  

Jumlah yang ramai mati adalah berusia purata 78.5 tahun. Yang paling muda meninggal berusia 31 tahun dan tua 103 tahun.

Agensi NPR Italy melaporkan angkatan tentera telah membawa keluar keranda yang melimpah di rumah pengkebumian dan pegawai perubatan meminta bantuan kecemasan.

Presiden Itali berkata negara itu ada kemudahan perubatan terbaik di dunia, tetapi pada peringkat awal wabak, rakyat tidak peduli dan menjadikannya bahan lawak sambil meneruskan kehidupan harian, berjalan di taman, membeli-belah dan berhibur.

 Martina Benditti


Seorang lagi jururawat, Martina Beneditti, juga meluahkan rasa bimbang ketika bergaul dan merawat pesakit  kerana setiap masa dia perlu berhati-hati daripada dijangkiti. 

"Setiap kali menguruskan mereka saya tidak lagi dapat menyentuhkan kepala untuk mengikat rambut dan hidung yang tiba-tiba jadi gatal. 

"Bayangkan saya terpaksa menahan daripada menggaru hidung," katanya dalam Facebook yang dimuat naik daripada laman jururawat.


Seorang doktor, Daja Dajana, yang memuat naik gambar doktor berehat di koridor hospital menulis catatan berikut :

"Lihat ini keadaan sesetengah doktor. Sangat sedih mereka sedang `berlawan` wabak Covid-19 setiap saat untuk melindungi nyawa kita.

"Tolonglah #dudukdirumah dan doakan untuk doktor di seluruh dunia," katanya. 

Sementara itu, Saudi Gezette melaporkan Itali menyediakan peruntukan 50 bilion euro ($28.3 bilion) untuk mengatasi wabak itu dengan meletakkan hospital sebagai kemudaratan yang perlu diutamakan. 

Ia diumumkan oleh Menteri Ekonominya, Roberto Gualtieri  pada 11 Mac 2020.

Mungkinkah situasi memburuk ini boleh berlaku di Malaysia, ketika ada lagi antara kita yang enggan duduk di rumah dan mengambil mudah aspek-aspek keselamatan serta kesihatan diri semasa di luar?? - KitaReporters

1
1
5
0
0
You will be interested